Gempa Bumi Turkiye, Syria: Angka Korban Lebih 8,700

Gempa Bumi Turkiye, Syria: Angka Korban Lebih 8,700 | IKRAM

Sehingga kini, umlah mangsa yang terkorban dalam gempa bumi kuat yang melanda selatan Turkiye dan utara Syria pada Isnin dilaporkan telah meningkat kepada lebih 8,700.

Menurut Al-Jazera, seramai 6,234 orang terkorban dan sekurang-kurangnya 37,011 cedera di Turkiye, menurut Badan Pengurusan Bencana negara itu.

Manakala di Syria, seramai 2,530 orang terkorban, dan angkanya dijangka meningkat ekoran tugas mencari dan menyelamatkan mangsa masih berlangsung.

Sementara itu, Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah mengisytiharkan darurat selama tiga bulan melibatkan 10 wilayah di selatan negara itu.

Lebih 12,000 anggota mencari dan menyelamat Turkiye sedang bertugas di kawasan yang terjejas, bersama 9,000 tentera dan lebih 70 negara telah menawarkan pasukan penyelamat dan bantuan-bantuan lain.

Antaranya, pasukan penyelamat China yang terdiri daripada 82 anggota dilaporkan tiba di Turkiye, membawa 20 tan bekalan dan peralatan perubatan dan penyelamat lain, serta empat anjing mencari dan menyelamat.

Secara berasingan, pasukan penyelamat pertubuhan kemanusiaan dengan sekurang-kurangnya 52 anggota dari beberapa wilayah di China sedang menuju ke kawasan bencana untuk menjalankan kerja menyelamat.

Korea Selatan pula menghantar 110 petugasnya untuk membantu usaha mencari dan menyelamat, yang terdiri daripada 60 anggota pasukan Bantuan Bencana Korea dan 50 anggota tentera. Seoul telah pun menjanjikan bantuan kemanusiaan kecemasan USD5 juta kepada Turkiye.

Tidak ketinggalan, Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa pasukan penyelamat pakar kedua seramai 70 orang akan berlepas ke Turkiye.

Pasukan Special Malaysia Disaster Assistance and Rescue Team (SMART) itu akan menyertai pasukan seramai 75 orang yang sudah berada di lapangan dan akan bertugas di Gaziantep, manakala Kementerian Pertahanan juga akan menghantar pasukan doktor dan paramedik untuk menubuhkan hospital lapangan.

Kerajaan Malaysia juga dilaporkan telah bersetuju untuk menghantar bantuan USD$2 juta untuk Turkiye dan Syria, manakala Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) akan menyumbang sebanyak RM1 juta.

Tarik Balik Sekatan di Syria 

Berlainan pula dengan situasi di Syria, yang mana agensi bantuan bergelut dengan masalah logistik yang rumit untuk menghantar bantuan kecemasan ke kawasan yang dilanda perang.

Keadaan sedemikian memaksa Persatuan Bulan Sabit Merah Syria menyeru negara-negara Barat untuk menarik balik sekatan ke atas negara itu bagi memudahkan usaha bantuan.

“Tarik balik sekatan ekonomi yang dikenakan ke atas Syria dan rakyat Syria,” kata Khaled Hboubati, Presiden Bulan Sabit Merah Syria.

“Buka jalan untuk kami. Kami sedia untuk memberikan bantuan. Kami sedia memberikan bantuan melalui garisan sempadan dan menghantar konvoi bantuan ke Idlib,” katanya kepada pemberita.

“Saya menyeru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dan negara-negara di Kesatuan Eropah (EU) dan Program USAID untuk menyokong (penarikan balik sekatan),” tambahnya.

Kerajaan Syria kekal di bawah sekatan berat yang bertujuan untuk menyisihkan negara itu dari segi ekonomi sebagai tindak balas kepada pencabulan hak asasi manusia oleh negara itu sejak perang yang bermula 2011, yang didokumenkan secara meluas.


Terselamat Selepas 40 jam

Dalam pada itu, lima ahli keluarga telah ditarik keluar daripada runtuhan berikutan operasi menyelamat selama 40 jam di utara Syria selepas gempa bumi tersebut.

“Selepas kami kehilangan harapan, dan mengalami ketakutan berjam-jam kerana kami tidak dapat membebaskan sesiapa dari bawah runtuhan, kami dapat membawa keluar sebuah keluarga: suami isteri dan tiga anak mereka,” kata Samer al-Omar, seorang pekerja penyelamat.

“Kami menangis kerana kegembiraan, selepas kami menangis kerana betapa tidak berdayanya kami. Kami bawakan mereka oksigen selepas mereka hampir lemas kerana gempa bumi. Mereka kini berada di hospital dan dalam keadaan baik.”

Bantu Syria, bukan Assad – AS

Amerika Syarikat berkata, ia bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memberikan bantuan gempa bumi kepada Syria tetapi akan berdiri teguh menentang bekerjasama dengan kerajaan Presiden Syria, Bashar al-Assad.

Stephen Allen, yang mengetuai respons di lapangan untuk Agensi Pembangunan Antarabangsa AS (USAID) berkata, kebanyakan kerosakan adalah di kawasan di bawah kawalan pemberontak dan USAID mempunyai rakan kongsi tempatan di sana. 

Beliau berkata, agensinya sedang mengorientasikan semula bantuan yang telah sedia ada untuk membantu rakyat Syria yang dilanda perang, dan memberi tumpuan kepada usaha menyelamat dan keperluan segera lain termasuk menyediakan tempat tinggal dan makanan.

“Kami mempunyai keseluruhan respons kemanusiaan di barat laut Syria sekarang,” kata Allen kepada pemberita.

Beliau enggan menamakan kumpulan bukan kerajaan yang bekerja dengan AS atas faktor keselamatan operasi.

Washington telah menolak untuk menormalkan hubungan dengan kerajaan Assad atau memberikan sebarang bantuan pembinaan semula secara langsung, bahkan menuntut kebertanggungjawaban Syria atas dakwaan pencabulan semasa perang saudara yang kejam selama hampir 12 tahun.

Kerajaan Syria pula menegaskan bahawa bantuan antarabangsa – malah ke kawasan yang dikuasai pemberontak – disalurkan melalui agensi-agensinya.

PBB ‘Teroka’ Bantuan ke Syria

PBB berkata, ia “meneroka semua jalan” untuk mendapatkan bekalan ke barat laut Syria yang dikuasai pemberontak dan telah mengeluarkan USD25 juta daripada dana kecemasannya untuk membantu memulakan bantuan kemanusiaan di Turkiye dan Syria.

Jurucakap PBB, Stephane Dujarric berkata, badan dunia itu sedang menyediakan konvoi untuk menyeberangi garis konflik dalam Syria, kerana gempa bumi Isnin lalu telah merosakkan jalan menuju ke persimpangan sempadan utama dari Turkiye ke utara Syria.

Bab al-Hawa adalah satu-satunya lintasan di mana bantuan PBB dibenarkan masuk ke barat laut yang dikuasai pemberontak, tetapi menghantar konvoi melalui Syria mungkin memerlukan perjanjian baharu dengan kerajaan al-Assad, yang telah mengepung kawasan yang dikuasai pemberontak sepanjang perang saudara.

Di Turkiye, Dujarric berkata, pelarian Syria membentuk lebih 1.7 juta daripada 15 juta penduduk yang mendiami 10 wilayah yang terjejas akibat gempa bumi itu.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia