Malaysia Madani Angkat Semula Martabat Negara – PM Anwar

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ sebagai usaha mengemudi serta mengangkat semula martabat dan kegemilangan negara di persada dunia. Madani diacu berteraskan enam rukun iaitu keMampanan, kesejAhteraan, Daya cipta, hormAt, keyakiNan dan Ihsan. Berucap menyampaikan amanat ‘Membangun Malaysia Madani’ di sini hari ini, beliau menyeru semua pihak khususnya […]
Kekurangan Bekalan Telur Ayam Semakin Pulih

PUTRAJAYA – Kekurangan bekalan telur di pasaran negara ini semakin pulih susulan langkah sementara yang diambil kerajaan membenarkan telur diimport, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Mohamad Sabu. Beliau berkata, ini terbukti apabila data daripada Jabatan Veterinar menunjukkan kekurangan telur pada Disember lepas hanyalah sebanyak sejuta, berbanding situasi kekurangan kritikal sebelum itu iaitu November sebanyak […]
Jualan Rahmah: Harga Barang Lebih Murah Hingga 30%

KLANG – Semua pasar raya di seluruh negara disaran menyertai Jualan Rahmah iaitu antara cabang dalam kempen Inisiatif Rahmah yang bertujuan mengurangkan beban dan kos sara hidup rakyat terutama golongan B40. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, inisiatif baharu kerajaan itu merupakan program kempen jualan murah sepanjang tahun […]
Rasuah Busters Kunjungi Speaker Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR – Delegasi Rasuah Busters telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul di Blok Utama, Parlimen pada Selasa. Kunjungan tersebut diketuai oleh Ketua Pasukan Rasuah Busters, Dato’ Hussamuddin Yaacub bersama tujuh orang ahli termasuk bekas Menteri Luar, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), […]
COVID-19: KKM Sedia Ketatkan SOP di Pintu Masuk Negara

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) sedia mengubah dasar penjagaan kesihatan pengurusan pandemik Covid-19 di sempadan negara sedia ada, termasuk memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) pemeriksaan kesihatan di pintu masuk negara. Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia akan dilaksanakan jika perlu, bukan sahaja kepada pengunjung atau pengembara (warganegara Malaysia dan bukan warganegara) yang tiba […]
Tingkatkan Keyakinan Pelabur, Halang Pemimpin Gondol Kekayaan Negara

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan terus memperkasa usaha untuk meningkatkan lagi keyakinan pelabur luar dengan mengamalkan tadbir urus yang baik dan menjadikan Malaysia bebas rasuah. Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, ini memandangkan kerajaan telah mendapat senarai pelabur dari negara seperti Eropah, Amerika Syarikat, China, India serta beberapa negara sekitar Asia yang akan datang […]