Hukum Syarak: Sunnah dan Kepentingan Memerhati

Dalam artikel bulan yang lalu, saya telah menghuraikan kaitan antara kemahiran berfikir yang perlu digunakan dalam beragama. Kehidupan manusia yang penuh rencam perlukan panduan untuk dijadikan landasan supaya dapat dijalani dengan sebaiknya. Allah SWT telah mengurniakan akal, ciptaan yang unik, istimewa untuk manusia sahaja, wajar digunakan sebaiknya dalam menentukan segala pilihan dan tindakan yang dibuat. […]
Seni dan Kemahiran Berfikir dalam Fiqh Implikasi

Manusia merupakan makhluk yang mulia dan sebaik-baik makhluk ciptaan Allah SWT. Salah satu daripada kemuliaan itu ialah dikurniakan akal untuk berfikir. Dalam al-Quran banyak sekali anjuran supaya manusia menggunakan akal untuk berfikir – berfikir sebelum bertindak, berfikir untuk mengenal Tuhan, berfikir untuk mengenal diri. Berfikir perlu dalam segala hal bersangkutan kehidupan di dunia mahupun akhirat. […]
Ijtihad Politik: Pemimpin Bijak, Rezeki Terpijak

“Ibarat kayu besar di tengah padang, tempat bernaung kepanasan, tempat berlindung kehujanan.” Begitulah kehalusan dan ketelitian nenek moyang kita menjelmakan persekitaran mereka menggunakan kata yang indah bagi menyampaikan sesuatu maksud. Mereka menggambarkan makna yang tersirat secara tepat, namun penuh tertib dan bersopan sama ada untuk menasihati atau menegur, tanpa menimbulkan rasa kecil hati juga menyinggung […]
Mengapa Hukum Fiqh Boleh Berubah?

Syariah dikenali sebagai ketetapan-ketetapan hukum yang mengatur kehidupan manusia demi mencapai kemaslahatan dan kebaikan di dunia juga akhirat. Hal ini bermakna, yang menjadi agenda utama pensyariatan hukum-hukum ialah merealisasikan kepentingan dan keperluan manusia. Panduan hukum yang dijalani saban hari pada dasarnya tidak seharusnya berlaku secara membuta tuli, malah perlu didasari dengan kefahaman dan diperkuat dengan […]
Beza Ilmu, Pengetahuan: Pembelajaran Sepanjang Hayat

Manusia dilahirkan dengan satu perasaan ingin tahu. Instinct ini merupakan aset utama yang akan menentukan hala tuju hidupnya. Semangat ingin tahu ini jika dibelai dan didorong dengan baik, mampu melonjakkan potensi seseorang menjadi manusia yang berkualiti serta berbakti. Jika diperhatikan, kanak-kanak mempunyai semangat ingin tahu yang tinggi. Mereka berminat untuk belajar dalam tahun-tahun awal perkembangannya. […]
Hijrah: Kebangkitan Islam Yang Makin Hampir

Tahun baru Hijrah seringnya dikaitkan dengan kebangkitan Islam berikutan penentuan kalendar Islam yang dilakukan pada zaman khalifah Umar al-Khattab r.a. Ia diambil daripada kisah hijrah Rasulullah SAW dan para sahabat dari Mekah ke Madinah, seterusnya menjadi mercu tanda kebangkitan Islam. Peperangan antara Rusia dan Ukraine telah memburukkan keadaan dunia dan melemahkan hegemoni Barat dan Timur. […]