Bahaya Sikap Ghuluw: Bersedehanalah Dalam Beragama

Profesor HAMKA pernah berkata, “Iman tanpa ilmu bagaikan lentera di tangan bayi. Namun ilmu tanpa iman, bagaikan lentera di tangan pencuri.” Metafora yang diwarisi daripada HAMKA ini mengingatkan kita tentang kepentingan ilmu dan iman seseorang. Iman yang tidak disertai dengan ilmu diumpamakan seperti lampu di tangan bayi yang dirinya tidak tahu bagaimana menggunakan dengan betul […]
Sijil Halal: Antara Penguasa, Pengusaha dan Pengguna

Pada prinsipnya, pensijilan halal melindungi pengguna baik dari segi kesahihan halal dan kebersihan makanan. Kepada pengusaha, pemegang sijil halal semestinya ia memberi kredibiliti kepada jenama dan meluaskan pasaran produk kerana peningkatan keyakinan pengguna terhadap barangan atau produk yang dihasilkan. Di Malaysia, pelbagai pihak boleh memohon sijil halal. Antaranya, pengeluar produk makanan, minuman, farmaseutikal, kosmetik dan […]
Syariah: Bukan Hanya Sekadar Hukum

Syariah adalah suatu istilah dalam bahasa Arab yang bermaksud jalan, laluan atau sumber air. Sebagai sebuah disiplin ilmu, syariah merujuk kepada sistem undang-undang Islam yang berdasarkan kepada al-Quran, hadis, ijma’ (kesepakatan ulama), dan qiyas (analogi). Syariah mencakupi segenap aspek keagamaan, moral, sosial, ekonomi, dan politik dalam kehidupan seorang manusia. Syariah yang bersumberkan wahyu menjadikannya bersifat […]
Hijrah Nabi ke Madinah: Kepentingan Niat kepada Muslim

Bulan Muharam yang menjelang saban tahun mengingatkan kita kepada beberapa perkara. Bagi yang peka dan kasihkan Rasulullah SAW dan para sahabat, peristiwa Hijrah amat membekas di dalam hati. Seperti dapat dibayangkan dalam kotak fikiran, keperitan Rasulullah SAW berhijrah merentasi padang pasir dari Kota Makkah ke Yathrib demi kesinambungan sebuah akidah yang mulia. Imam an-Nawawi telah […]
Menyemai Semangat Berkorban Sebagai Sendi Kehidupan

Setujukah anda jika saya katakan bahawa semakin tinggi nilai cinta manusia terhadap sesuatu atau seseorang, semakin tinggi kesanggupannya untuk berkorban? Lihat sahaja kasih seorang ibu yang menjadikannya manusia yang paling menyayangi anak hingga sanggup melakukan apa sahaja demi kesenangan anak yang dilahirkan. Pandang pula sayang seorang anak kepada kedua-dua ibu bapanya hingga menerbitkan ketaatan yang […]
Naluri Luar Biasa Seorang Ibu: Kelebihan dan Cabaran

Peluang untuk mengandung, melahirkan, menjaga, menyusukan dan mendidik anak merupakan sesuatu yang istimewa. Bagi seorang ibu, menyorot kembali hari-hari awal sebagai ibu sudah pasti akan membuatkan mereka tersenyum sendirian. Biarpun pengalamannya menyakitkan, namun seorang ibu akan tetap meneruskan usaha membesarkan anak seperti tiada noktah akhir. Punca naluri keibuan Sesetengah orang mengatakan bahawa kebolehan itulah yang […]