Lelaki Qawwam: Seimbang Amanah Keluarga dan Ummah

Seperti yang kita sedia maklum, menjadi seorang ketua keluarga bukan sekadar memikirkan tanggungjawab makan, minum dan menyediakan keperluan hidup yang lain. Bahkan, menggalas gelaran mulia, iaitu suami dan bapa, turut melibatkan bebanan memastikan keluarga bertahan dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu, perubahan sosial yang pantas dan persekitaran kehidupan yang semakin kompleks. Sudah tentu cabaran ini […]
Jangan Sebarkan Ucapan Kebencian di Media Sosial

Sama ada kita perasan ataupun tidak, media sosial telah banyak mengubah cara kita berkomunikasi. Dahulu jika kita menulis, mungkin pandangan kita dibaca hanya oleh beberapa orang. Namun kini, melalui ruangan “comments” dan “replies” yang sering kita taip, kata-kata kita boleh sampai kepada ribuan, malah jutaan pengguna dalam masa yang singkat. Perubahan ini memberikan ruang yang […]
Wariskan Erti Kemerdekaan, Bina Generasi Masa Depan

Kita mungkin berbangga dengan apa yang kita kecapi hasil titik peluh kita sendiri, contohnya pangkat, harta dan populariti. Namun tanpa kita sedari, ada satu nikmat sebenarnya yang jauh lebih besar kita terima tanpa pernah kita usahakan sendiri. Itulah kemerdekaan negara Malaysia yang kita cintai. Bukankah kita lahir dalam keadaan bendera telah berkibar, kerajaan telah berdaulat, […]
Kerjaya atau Dakwah? Cabaran Aktivis Muda (Bhg. 2)

Jika sebelum ini (Bhg. 1) saya telah menekankan tanggungjawab individu dalam mengurus peralihan daripada alam kampus kepada alam pekerjaan, maka perbincangan ini pula ingin melihat tanggungjawab tersebut dari sudut organisasi dakwah. Perbincangan ini bukan bertujuan mempertikaikan usaha-usaha yang telah dilakukan, apatah lagi menafikan jasa para pendahulu yang telah istiqamah membangunkan gerakan dakwah sehingga ke tahap […]
Kerjaya atau Dakwah? Cabaran Aktivis Muda (Bhg. 1)

Sering juga saya mendengar perkongsian daripada rakan-rakan yang aktif dalam NGO dakwah tentang cabaran untuk terus melibatkan diri dalam program-program dakwah setelah memasuki alam pekerjaan. Sudah tentulah demikian kerana rata-rata mereka menyambung pelajaran di menara gading. Ada yang menjadi doktor, ada yang menjawat jawatan jurutera, pensyarah universiti, guru, usahawan dan pelbagai lagi. Tetapi walau apa […]
Hijrah ke Madinah: Apa Strategi Sebenar Rasulullah?

Setiap kali tibanya tahun baharu Hijrah, umat Islam di seluruh dunia dan Malaysia tidak terkecuali akan saling mengucapkan “Maal Hijrah”, “كل عام وأنتم بخير” dan lain-lain. Tidak kurang juga masjid-masjid yang menganjurkan pelbagai program, masyarakat setempat menghadiri ceramah agama, masing-masing saling membacakan kisah ikonik penghijrahan Rasulullah SAW, sambil kita memasang azam untuk menjadi insan yang […]