“Kami menghadapi Zionis dengan Al-Quran”


JITRA – Program Aqsa Syarif Kedah Bersama Tetamu Palestin’ telah diadakan di  Masjid SRI SMI Al-Azhar di Jitra, Kedah pada Khamis 1 Mac 2012 yang lalu dengan kehadiran lebih daripada 350 orang. Tetamu istimewa tersebut ialah Dr Abdul Rahman, Dekan di Islamic University of Gaza merangkap Ahli Parlimen Hamas dan Abdul Rahim Shihab, Pengerusi Islamic Society of Jabaliya, NGO yang menjalankan projek-projek Aqsa Syarif di Gaza.

Konvensyen Wanita IKRAM Pulau Pinang lonjak amal dakwah wanita


PULAU PINANG – Konvensyen Wanita IKRAM Pulau Pinang yang bertemakan “Mantap Tarbiah… Jom Dakwah” telah berjaya dilaksanakan pada Ahad 26 Februari 2012 yang lalu di Dewan MPC, Kepala Batas di Seberang Perai Utara. Program ini adalah anjuran bersama Wanita IKRAM Pulau Pinang dan Good Governance and Gender Equality (3Gs), sebuah NGO di Pulau Pinang.

Wacana Masyarakat Madani: Cabaran Mendampingi Masyarakat dan Isu MRT

(“Cabaran Mendampingi Masyarakat dan Isu MRT” adalah Wacana Masyarakat Madani siri 3 kompilasi hasil tulisan Tuan Hj Syed Ibrahim Syed Noh, Naib Presiden IKRAM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masyarakat Madani IKRAM mengenai peranan gerakan dakwah dalam mendampingi masyarakat.)

Dialog “How We Define God?” dapat sambutan hangat

MINDEN – Program “The Interfaith Dialogue: How Do We Define God?” telah diadakan pada Selasa 28 Februari 2012 di Dewan Kuliah SK 4, Fakulti Sains Sosial, Universiti Sains Malaysia (USM) Minden Pulau Pinang. Dialog antara agama ini telah mendapat sambutan hangat dengan kehadiran lebih daripada 500 orang yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia