“Kami menghadapi Zionis dengan Al-Quran”

Moderator program ialah Saudara Abdul Wahab Yahya, Pengerusi Aqsa Syarif Kedah dan penterjemah perkongsian ialah Ustaz Saroji, seorang guru di SRI SMI Al-Azhar.

Dalam sesi pertama bersama Dr Abdul Rahman (gambar bawah pertama – berkopiah putih dan juga gambar video), menurutnya, antara aktor keteguhan rakyat Gaza adalah kerana mereka sentiasa berhubung dengan Allah terutamanya melalui Al-Quran. Katanya, dalam 20 tahun lalu, jumlah para hafiz di Gaza boleh dibilang dengan jari, sekarang jumlahnya semakin bertambah. Ujarnya, dengan jumlah penduduk yang sedikit, tidak mungkin mereka dapat berdepan tentera Zionis melainkan dengan dekat kepada Al-Quran, iaitu dengan membuka madrasah-madrasah Al-Quran.


“Pertama kali madrasah dibuka peserta berjumlah 100 orang, sekarang lebih dari 1,500 halaqah (kumpulan) dengan jumlah lebih 20 ribu orang penghafaz Al-Quran”, jelas beliau.

“Kami meletakkan matlamat iaitu setiap rumah mesti ada seorang hafiz dan kami sentiasa merencana pelaksanaannya. Melalui Muassasah Mengajar dan Menghafaz Al-Quran, pihak kami menyediakan pengajar-pengajar Al-Quran di mana pada tahun 2011, lebih daripada 1,000 huffaz telah berjaya dihasilkan”.

Katanya, projek-projek musim cuti sekolah turut diadakan iaitu daurah Al-Quran selama dua bulan meilbatkan 7,000 pelajar melalui peringkat daurah hafaz 10 juzuk dan 20 juzuk pada tahun 2011. Tambahnya, wakil Indonesia pernah datang ke Gaza dan membawa balik modul hafazan untuk diamalkan di sana. Melalui kerjasama dengan ikhwah di Lambok Sumatera baru-baru ini, seramai 300 peserta mengikuti daurah beliau selama dua bulan dan seramai 28 orang telah khatam Al-Quran.


Menariknya, beliau turut menawarkan kepada pihak SRI SMI Al Azhar untuk mengadakan daurah supaya para pelajar boleh menghafaz Al-Quran dengan cepat. Menurutnya lagi, walaupun tentera Zionis menghancurkan rumah-rumah dan hospital, penduduk Gaza terus tsabat (teguh) kerana penduduk Gaza rapat dengan Al-Quran dan sentiasa berhubung dengan Allah melalui Al-Quran.

“Penduduk Gaza menjadikan Al-Quran sebagai tabung dan ibu bapa serta anak-anak berusaha menjadi huffaz,” katanya.

Dr Rahman turut memaparkan filem pendek bagaimana Zionis memusuhi penduduk Gaza dan filem kedua, bagaimana penduduk Gaza menghadapinya dengan Al-Quran. Jelasnya, setiap rakyat Gaza berusaha menghafaz Al-Quran dengan menyorot kisah seorang nenek berumur 70 tahun menghafaz Al-Quran di rumah dan hadir ke madrasah kemudiannya untuk memperdengarkan hafazannya.

Dalam sesi kedua bersama Abdul Rahim Shihab (gambar utama – duduk di tengah), menurutnya, dalam serangan Zionis ke atas Gaza pada penghujung 2008 dan awal 2009, lebih 1,500 orang syahid dan lebih 6,000 orang cedera di mana banyak masjid dibom kerana masjid-masjid ini telah menghasilkan lebih 14,000 hafiz Al-Quran. Katanya, di setiap rumah di Gaza, kita boleh dapati ada ahli rumah yang telah syahid, ada yang tercedera dan ada anak yatim, balu dan juga hafiz Al-Quran.

Jelasnya, melalui kerjasama dan sumbangan Aqsa Syarif, pelbagai projek membela kehidupan rakyat dan fakir miskin di Gaza telah dilaksanakan oleh NGO yang diamanahkan iaitu Islamic Society of Jabaliya antaranya kilang roti Malaysian-Palestinian Bakery, bekalan baju sejuk dan selimut, projek kolam ikan, sembelihan korban, projek lembu susu dan kilang kecil untuk mengasilkan keju.

Tambahnya, tentera Zionis telah memusnahkan ladang pertanian dan pokok-pokok zaitun yang menjadi sumber pertanian penduduk Gaza. Beliau sangat bersyukur kerana banyak program dan projek untuk mengurangkan kemiskinan penduduk Gaza telah berjaya dilaksanakan hasil sumbangan rakyat Malaysia melalui Aqsa Syarif. Beliau turut mendoakan semua muhsinin (pembuat kebaikan) yang menyumbang di Malaysia dengan balasan syurga.

Sumbangan untuk rakyat Palestin turut dijayakan dengan kutipan berjumlah RM2,146. Dengan sumbangan Aqsa Syarif Kedah sebanyak RM2,000, jumlah sumbangan adalah sebanyak RM4,146. Semoga perkongsian dan sumbangan ini akan menyuburkan semangat membantu perjuangan membebaskan Al-Aqsa, insyaAllah.


Harryzan Yaakub
Wakil Sekretariat Aqsa Syarif Pulau Pinang

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia