Varian Omicron XE dikesan di negara jiran

SERI KEMBANGAN – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, varian baharu Omicron XE dilaporkan telah pun dikesan di negara jiran iaitu Thailand, namun belum menular di Malaysia, sehingga kini. “Kita pun tidak tahu apakah ciri-ciri varian baharu ini, tetapi ada dua benda yang kita lihat iaitu kebolehjangkitannya dan keseriusannya,” ujar Khairy. Beliau […]
Covid-19: Kes baharu turun kepada 10,002

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 10,002 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin seterusnya, menjadikan kes kumulatif jangkitan adalah sebanyak 4,256,469. Ini merupakan kes harian terendah sejak negara mencatatkan angka tertinggi, 32,800 kes pada 11 Mac lalu. Kali terakhir kes harian di paras 10,000 adalah pada 6 Februari lalu iaitu 10,089 kes. […]
Mendidik jangan sampai cedera

Adakah kerana emosi di rumah, terbawa-bawa hingga ke tempat kerja mengakibatkan tragedi yang tidak diingini terjadi? Seharusnya sesiapa pun kita perlu mengawal emosi dengan sebaiknya dan tidak larut hingga sampai satu tahap mencederakan orang lain. Barangkali kerana sikap yang tidak mampu dikawal atau menunjukkan diri itu hebat, hinggalah tindakan di luar batas itu […]
Banyak bongkah ais pecah, pemanasan global serius

SERI KEMBANGAN – Ikon Ratu Kutub Negara, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir telah menzahirkan rasa teruja berikutan banyak kali masuk ke kutub Antartika, pada sidang media dan menyambut balik Misi Pelayaran Climate Force 2041 (CF2041). Beliau melihat dengan mata kepala sendiri banyak bongkah-bongkah ais yang sudah pecah, hancur dan sangat mengerikan. “Ini […]
Tuntutan Perkeso: Covid-19 di bawah Penyakit Khidmat

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dalam kenyataan pada Ahad memaklumkan akan memproses tuntutan faedah berkaitan kes Covid-19 di bawah kategori Penyakit Khidmat bermula 1 April. “Selain Covid-19, antara penyakit berjangkit lain yang turut diletakkan di bawah kategori Penyakit Khidmat adalah seperti jangkitan virus Nipah, Tuberkulosis (batuk kering) dan Leptospirosis (penyakit kencing tikus).” […]
KWSP buka permohonan pengeluaran khas hari ini

SERI KEMBANGAN – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mula membuka permohonan pengeluaran khas hari ini sebagaimana diumumkan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob sebelum ini. Permohonan pengeluaran khas ini dibuka hingga 30 April ini dan ahli yang membuat permohonan akan menerima bayaran secara one-off bermula 20 April. Pengeluaran khas ini bertujuan […]