Varian Omicron XE dikesan di negara jiran

SERI KEMBANGAN – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, varian baharu Omicron XE dilaporkan telah pun dikesan di negara jiran iaitu Thailand, namun belum menular di Malaysia, sehingga kini.

 

“Kita pun tidak tahu apakah ciri-ciri varian baharu ini, tetapi ada dua benda yang kita lihat iaitu kebolehjangkitannya dan keseriusannya,” ujar Khairy.

 

Beliau berkata, jika keseriusannya tinggi macam orang ini dijangkiti dan selepas itu betul-betul sakit sampai masuk ke hospital, KKM punya strategi (kawalan Covid-19) perlulah ditukar.

 

“Langkah-langkah kawalan yang sewajarnya dalam menangani kawalan Omicron XE akan ditentukan sebaik tahap kebolehjangkitan dan keseriusan itu dapat ditentukan.”

 

Menurutnya, ada kebolehjangkitan Omicron lebih tinggi daripada delta menyebabkan kes melambung naik, namun tahap keseriusannya lebih sederhana menjadikan unit rawatan rapi (ICU) tidak lagi penuh seperti dulu.

 

“Jadi untuk varian baharu ini kita kena tengok negara lain juga sama ada kebolehjangkitannya tinggi atau tahap keseriusannya yang lebih tinggi, barulah kita boleh ambil langkah-langkah yang sepatutnya,” ujarnya.

 

Buat masa ini katanya, varian ini belum ada di Malaysia, jadi strategi kita tetap sama.

 

“Sebahagian besar daripada varian yang sedang menular ketika ini adalah Omicron BA2 yang sudah pun memperlihatkan peningkatan kes di beberapa negara lain.”

 

Jelasnya, kajian mendapati kesan varian itu tidak begitu ketara berbanding varian asal menyebabkan kes-kes kemasukan ke hospital dan ICU di negara ini semakin menurun.

 

“Hari ini hampir 98 peratus daripada kes aktif kita berada di rumah, hanya isolasi ataupun mengasingkan diri dan pulih di rumah sahaja tanpa rujukan ke hospital,” katanya.

 

Berikutan situasi itu, KKM akan menukar strategi kawalan Covid-19 sekiranya mutasi varian Omicron XE yang baharu dikesan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi impak lebih serius.

 

“KKM sedang mengikuti rapat perkembangan varian itu termasuk memantau laporan WHO dan negara lain dalam aspek kadar kebolehjangkitan dan keseriusan ancaman daripada varian sedia ada,” jelas Khairy.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia