Covid-19: Kes baharu turun kepada 10,002

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 10,002 kes baharu dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) pada Isnin seterusnya, menjadikan kes kumulatif jangkitan adalah sebanyak 4,256,469.

 

Ini merupakan kes harian terendah sejak negara mencatatkan angka tertinggi, 32,800 kes pada 11 Mac lalu. Kali terakhir kes harian di paras 10,000 adalah pada 6 Februari lalu iaitu 10,089 kes.

 

“Daripada jumlah itu, sebanyak 9,904 adalah kes tempatan dan 98 merupakan kes import,” kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

 

Manakala, sebanyak 5,495 kes atau 54.94 peratus adalah pesakit kategori satu, 4,418 kes atau 44.17 peratus adalah pesakit kategori dua.

 

“Bagi kategori tiga pula sebanyak 30 kes atau 0.30 peratus dicatatkan, kategori empat dengan 33 kes atau 0.33 peratus dan kategori lima dengan 26 kes atau 0.26 peratus,” katanya menerusi kenyataannya pada Selasa.

 

Beliau berkata, daripada 89 kes Covid-19 kategori tiga, empat, dan lima yang dilaporkan, 31 kes (34.83 peratus) tidak divaksinasi atau belum lengkap divaksinasi.

 

“34 kes atau 38.20 peratus telah menerima dua dos vaksin tetapi belum menerima dos penggalak dan 24 kes atau 26.97 peratus telah menerima dos penggalak.”

 

Sebanyak 51 kes atau 57.30 peratus berumur 60 tahun dan ke atas dan 60 kes 67.42 peratus mempunyai komorbid.

 

“Kadar kemasukan ke unit rawatan rapi (ICU) di Kuala Lumpur dan Perlis menunjukkan peratus pengisian melebihi 50 peratus,” terangnya.

 

Dalam pada itu, kemasukan ke ICU di Kuala Lumpur adalah 60 peratus dan Perlis 55 peratus manakala penggunaan katil bukan ICU pula, Putrajaya mencatatkan 69 peratus dan Selangor 56 peratus.

 

“Pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan menurun kepada 140 pesakit dengan peratusan penggunaan ventilator adalah 16 peratus,” katanya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia