84 Peratus Rakyat Malaysia Tiada Simpanan Bulanan

SERI KEMBANGAN – Sebanyak 84 peratus rakyat Malaysia tiada simpanan tetap setiap bulan berdasarkan kaji selidik Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN). “Kebanyakan rakyat Malaysia hanya menyimpan secara tetap untuk jangka pendek sebelum dikeluarkan semula pada hujung bulan bagi menampung perbelanjaan harian,” kata Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir. Beliau berkata, […]
RUU Kawalan Produk Merokok Dibentangkan Hari ini

KUALA LUMPUR – Hari ini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan membentangkan Rang Undang-Undang Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2023 bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat, ia akan dibentangkan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa selepas sesi soal jawab. “RUU itu masih mengekalkan peruntukan dasar generasi penamat (GEG), manakala perubahannya adalah […]
Perang di Sudan: Konflik Masuki Fasa Lebih Getir

Sejak 15 April 2023, Sudan telah menyaksikan letupan ganas dalam keadaan tegang antara dua orang kuat yang bersaing untuk kuasa, dengan peperangan jalanan yang bermula di Khartoum dan kemudian merebak ke seluruh negara. Pertembungan berlaku antara tentera pemerintah de facto negara, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan yang juga komander Angkatan Tentera Sudan (SAF), dan Jeneral Muhammad […]
RUU Warga Emas Dijangka Dibentang Tahun Depan

SERI KEMBANGAN – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Raj Munni Sabu berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada tahun hadapan, Dalam usaha merealisasikan penggubalan akta khusus bagi warga emas, sebuah pasukan khas dilantik pada Mac lepas dan pasukan ini terdiri daripada pelbagai kementerian, badan-badan […]
Ambil Pengajaran Perpaduan Dalam Ibadat Haji – Agong

SEPANG – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, perhimpunan haji yang merupakan satu manifestasi syiar perpaduan ummah yang maha agong, boleh dijadikan tauladan dan pengajaran di Malaysia. Justeru, jemaah haji dan seluruh rakyat Malaysia diseru agar mengambil pengajaran daripada kesatuan serta perpaduan umat Islam ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu. “Lantaran […]
UPSR, PT3 Tidak Dikembalikan Dalam Masa Terdekat

SERI KEMBANGAN – Kementerian Pendidikan (KPM) pada Selasa mengulangi keputusan untuk tidak mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3) dalam masa terdekat. “Keputusan itu adalah kerana KPM buat masa kini memberi fokus kepada pembangunan holistik murid melalui pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD),” kata Timbalan Menteri Pendidikan, […]