RUU Warga Emas Dijangka Dibentang Tahun Depan

RUU Warga Emas Dijangka Dibentang Tahun Depan | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Raj Munni Sabu berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Warga Emas dijangka dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada tahun hadapan, 

Dalam usaha merealisasikan penggubalan akta khusus bagi warga emas, sebuah pasukan khas dilantik pada Mac lepas dan pasukan ini terdiri daripada pelbagai kementerian, badan-badan profesional, ahli akademik dan individu yang berpengetahuan serta berpengalaman dalam isu-isu berkaitan golongan itu.

Menurutnya, pasukan itu ditubuhkan bagi memastikan RUU ini dapat dibentangkan selepas digubal secara komprehensif dan kementerian sedang merangka (RUU itu) untuk bacaan pertama, kedua dan ketiga pada tahun hadapan.

“Kandungan dan pendekatan RUU yang dicadangkan adalah hasil kajian dijalankan di lapangan, analisis perbandingan dengan negara lain dan menerusi sesi konsultasi temu bual mendalam bersama pelbagai pihak,” kata Raj Munni  pada sesi soal jawab pada persidangan Dewan Rakyat, Selasa..

Beliau menjawab soalan tambahan Dr Abd Ghani Ahmad (PN-Jerlun) yang ingin tahu apakah pendekatan kerajaan untuk mewujudkan akta khusus bagi warga emas dan bila bercadang membentangkannya di Dewan Rakyat.

“Cadangan kandungan draf RUU warga emas ini adalah seperti melindungi kebajikan warga emas, melindungi hak asasi warga emas, mewujudkan sistem sokongan yang kukuh kepada warga emas dan penjaga.”

Menurut beliau, ia disasarkan untuk bacaan kali pertama pada tahun 2024 berdasarkan perancangan garis masa dan prosedur penggubalan RUU khususnya melibatkan pihak berkepentingan.

Mengulas mengenai model bagi RUU tersebut, beliau berkata, RUU itu akan mengambil kira sepertimana Akta Kanak-Kanak digubal pada tahun 2001 yang menekankan kepada kelangsungan hidup, perlindungan, pemuliharaan dan pemerkasaan.

Katanya, perbandingan dengan negara-negara Asia turut dilakukan seperti Vietnam, Thailand, Filipina, Indonesia dan India dalam memastikan model bagi RUU itu bersifat menyeluruh.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia