Perang di Sudan: Konflik Masuki Fasa Lebih Getir

Sejak 15 April 2023, Sudan telah menyaksikan letupan ganas dalam keadaan tegang antara dua orang kuat yang bersaing untuk kuasa, dengan peperangan jalanan yang bermula di Khartoum dan kemudian merebak ke seluruh negara.

Pertembungan berlaku antara tentera pemerintah de facto negara, Jeneral Abdel Fattah al-Burhan yang juga komander Angkatan Tentera Sudan (SAF), dan Jeneral Muhammad Hamdan Dagalo, dikenali sebagai Hemedti yang memimpin Pasukan Sokongan Pantas (RSF).

Pengantaraan Saudi-Amerika telah berjaya memujuk kedua-dua pihak agar bersetuju dengan gencatan senjata untuk tujuan kemanusiaan, yang mula berkuat kuasa pada petang Isnin, 22 Mei dan kemudian diperbaharui selama lima hari. 

Di sebalik kejayaan itu, ia seakan sinar harapan bahawa konflik itu akan dibendung dan dihalang daripada bertukar menjadi perang saudara yang berpanjangan.

Tragedi di Sudan telah memasuki fasa baharu, mengawal Khartoum walau dengan apa cara sekalipun. Apakah maknanya bagi orang awam? Apakah masa depan konflik antara SAF dan RSF?

Fasa Berdarah

Laman web British, Middle East Eye (MEE) menerbitkan laporan memantau keadaan di lapangan. Harapan tidak bertahan lama, dan perang di Sudan kini telah memasuki fasa yang sangat getir.

Tentunya pertempuran memang akan menjadi lebih sengit dan korban dijangka lebih banyak, kerana konflik merebak dari Khartoum dan Darfur ke bahagian lain di negara itu.

Perjanjian gencatan senjata selama seminggu yang dicapai oleh kedua-dua pihak, yang bertempur di bandar pelabuhan Saudi, Jeddah berakhir petang Isnin.

Ia bukanlah gencatan senjata penuh, tetapi ia dilihat sebagai penambahbaikan daripada enam perjanjian gencatan senjata yang datang dan berakhir sebelum ini.

Bagaimanapun, pejuang kedua-dua belah pihak sudah bergerak, bersiap sedia untuk serangan balas, kerana nampaknya kem Burhan dan Hemedti sedang ‘menghunus pedang,’ bersedia untuk bertempur.

Seorang penganalisis tentera barat memberitahu MEE pada Isnin bahawa pasukan tentera sedang bergerak dari seluruh negara menuju Khartoum, dari Atbara, Damazin dan Wad Madani.

Sementara itu, 200 kenderaan RSF sedang menuju ke pangkalan di Kordofan Utara, sebagai persediaan untuk serangan ke atas ibu negeri, El Obeid.

Pada petang Selasa, 30 Mei, militia separa tentera menyerang sebuah bandar di selatan Sudan Tengah, yang mana penganalisis tentera dan sumber tempatan berkata, mereka dihalang oleh Bahagian Kelima Angkatan Bersenjata Sudan.

“Divisyen ke-5 ialah unit SAF yang terkenal dengan kebolehan bertempurnya. Ia adalah salah satu daripada segelintir yang sebenarnya mempunyai pengalaman pertempuran,” tambah penganalisis tentera itu, yang identitinya tidak dapat didedahkan atas sebab keselamatan.

“Kedua-dua pihak telah bersiap sedia untuk serangan besar. Tentera cuba menawan semula Khartoum. Tidak jelas pihak mana yang bergerak sebagai tindak balas kepada pihak yang lain,” kata bekas penganalisis CIA Cameron Hudson.

Namun, situasi kemanusiaan tidak dapat digambarkan dengan kata-kata yang tepat, kerana perang telah menyebabkan lebih 1.4 juta orang kehilangan tempat tinggal dan beribu-ribu dipercayai telah terbunuh, walaupun angka rasmi kini lebih rendah.

Manakala dalam 11 hari pertama pertempuran, tujuh kanak-kanak terbunuh atau cedera setiap jam.

The Associated Press of America menerbitkan laporan mengenai para penduduk yang tidak dapat melarikan diri daripada pertempuran di Sudan, dan bagaimana mereka menghadapi bahaya dan putus asa.

Mahmoud adalah salah seorang daripada mangsa yang dilupakan. Dirinya hampir tidak mahu meninggalkan apartmen kecilnya di Timur Khartoum. 

Beliau tidak mempunyai bekalan elektrik hampir sepanjang bulan lalu dan mengalami situasi yang tidak stabil. Apabila keluar untuk mencari makanan, beliau takut peluru meriam meletup di rumahnya.

Keletihan, keliru dan tidak dapat melarikan diri dari ibu kota Sudan yang dilanda konflik, Mahmoud, seorang penyelidik, cuba mengaburkan realiti di sekelilingnya. 

Baginya dan berjuta-juta orang lain sepertinya, setiap hari adalah perjuangan mereka untuk mencari makanan, mendapatkan air dan mengecas telefon mereka apabila bekalan elektrik terputus.

Pada masa yang sama, mereka perlu mengelakkan tentera dan penjenayah di jalanan, yang merompak serta menganiaya pejalan kaki, merompak kedai, apatah lagi memecah masuk ke dalam rumah untuk mencuri apa-apa yang barang bernilai.

Pertempuran Menguasai Khartoum

Dengan kegagalan rundingan Jeddah dan pergerakan tentera al-Burhan, komander tentera itu muncul secara terbuka pada Selasa, 30 Mei, berjalan di antara anak buahnya, tersenyum di hadapan kamera dan melambai ancaman kepada lawannya.

“Tentera berperang dalam pertempuran ini memangsakan rakyat, dan ia masih belum ada tanda-tanda berhenti,” katanya.

Dalam beberapa hari lalu, saksi mata telah melaporkan bahawa tentera menggunakan pelbagai sistem roket pelancar di Omdurman, bandar berkembar Khartoum, perkembangan yang mungkin membawa kepada lebih banyak korban jiwa manusia.

Pada Khamis, 1 Jun, tentera menangguhkan rundingan Jeddah dengan RSF, menuduh pasukan separa tentera itu gagal melaksanakan mana-mana syarat perjanjian dan sentiasa melanggar gencatan senjata.

Sebagai tindak balas kepada pengunduran tentera, Amerika Syarikat dan Arab Saudi mengumumkan penggantungan rundingan Jeddah, memetik pelanggaran serius berulang oleh kedua-dua belah pihak dalam perjanjian gencatan senjata jangka pendek.

Dalam pada itu, Washington telah cuba menggunakan pengaruh dari jauh dan pertempuran telah menjadi lebih teruk, malah kini bergerak melangkaui wilayah Khartoum dan Darfur. 

Berikutan itu, pertempuran sengit sedang berlaku ke atas ibu kota dan kawasan sekitarnya. Seorang penganalisis tentera Barat memberitahu MEE bahawa kedudukan al-Burhan dalam tentera adalah rapuh, dan timbalannya, Shams al-Din al-Kabbashi bertanggungjawab untuk pertempuran untuk mengawal Khartoum.

Pada Sabtu, 3 Jun, Timbalan Pengarah Muzium Negara Sudan berkata bahawa RSF telah mengambil alih muzium itu dan ia mencetuskan kebimbangan tentang keselamatan artifak penting termasuk mumia purba.

Tentera Sudan mengebom kem al-Hasanab RSF, cuba menguasai pangkalan separa tentera di Taiba berhampiran Jabal Awlia, sebuah kampung kira-kira 40 kilometer ke selatan Khartoum.

Divisyen 18 Tentera Darat dari bandar Kosti terus berusaha untuk mengawal kem itu tetapi gagal untuk mengambilnya. Akibatnya, kumpulan itu dipercayai tidak pernah sampai ke Khartoum.

Dron RSF

Saksi di Khartoum memberitahu MEE bahawa dron telah muncul di langit di atas bandar itu pada minggu lalu terutamanya di sekitar selatan Khartoum, yang mana unit kereta kebal tentera ditempatkan. Saksi menunjukkan bahawa dron tersebut milik RSF dan menyerang unit kereta kebal yang bertindak balas dengan tembakan.

Hassan Ibrahim, seorang penduduk kejiranan Jabra di selatan Khartoum berkata, ia melihat jenis baru dron menyerang kereta kebal.

“Dari kawasan kejiranan, saya dapat melihat dron baharu di langit. Saya pernah melihat dron tentera, ini kali pertama saya melihat dron jenis dan warna ini,” katanya kepada MEE melalui telefon.

Seorang lagi saksi, Muhammad Nour, seorang penduduk Al-Sahafa berkata:

“Sejak permulaan perang, kita telah melihat pesawat SAF menyerang kedudukan RSF, dan kadangkala RSF menembak jatuh pesawat ini. Tetapi ia adalah kali pertama kami melihat dron dari RSF. Ia menyerang dan tentera menangkisnya dengan tembakan yang kuat.”

Hafez Abd al-Rahim dari Halfaya di negeri Khartoum berkata, pasukan separa tentera berkhemah di seberang Sungai Nil di kawasan kejiranan bernama Wad Ramli.

“Mereka mengerahkan peluru berpandu dan menembak ke arah pesawat tentera yang cuba terbang dan menyerang kedudukan RSF lain di Khartoum.”

Hudson, bekas penganalisis CIA menyifatkan pertempuran itu sebagai kelihatan agak seimbang. Masalahnya ialah, walaupun RSF kelihatan lebih dominan di dalam dan sekitar Khartoum, barisannya lebih kurang tersebar.

Darurat di Port Sudan

Di Port Sudan, pihak berkuasa tempatan mengisytiharkan darurat dan mengenakan perintah berkurung semalaman yang membolehkan tentera, polis dan agensi perisikan mengawal keadaan.

Sumber dari kota pelabuhan itu memberitahu MEE bahawa pihak berkuasa menjangkakan pergerakan bermusuhan daripada anggota RSF di negeri itu.

Sumber yang rapat dengan tentera berkata, “Keadaan darurat bertujuan untuk melindungi negara daripada sebarang kemungkinan pergerakan bermusuhan daripada anggota RSF, yang melarikan diri ke kawasan kejiranan Port Sudan selepas kekalahan mereka dalam dua hari pertama konflik.”

Sejak itu, bandar ini telah menikmati suasana yang agak tenang dan menjadi hab pemindahan pelarian ke Jeddah di Arab Saudi, yang menjadi pintu masuk utama untuk bantuan antarabangsa.

Tetapi RSF sedang memindahkan anggotanya ke negeri itu dan mengaktifkan semula pasukannya yang sudah ada di sana. Sumber tentera di Port Sudan berkata:

“Sebahagian daripada pasukan RSF telah melarikan diri ke bandar. Ini sangat membimbangkan; itulah sebabnya pihak berkuasa mahu menangkap mereka semua.”

Sementara itu, akses ke bandar menjadi lebih sukar.

“Tentera menghalang akses masuk dan keluar dari Port Sudan. Ini akan memberi kesan besar kepada situasi kemanusiaan,” kata Hudson.

Al-Burhan atau Hemedti?

Sepanjang perang ini, RSF telah terbukti lebih berkesan di lapangan walaupun SAF mempunyai pasukan yang lebih ramai (SAF dipercayai mempunyai sekitar 200,000 anggota, manakala RSF miliki lebih 85,000 tentera).

“Imbangan kuasa tidak jelas,” kata penganalisis tentera Barat itu.

Menurutnya, ia sentiasa diandaikan bahawa RSF sedang berperang melawan pasukan yang lebih kuat, memandangkan kelebihan tentera SAF dari segi bilangan dan 100 tahun penginstitusian, namun masih bergelut.

Manakala tentera RSF termasuk veteran daripada konflik di Mali, Libya dan Yaman, apatah lagi perang di Darfur.

Dalam menghadapi ini, kapasiti pasukan infantri tentera adalah rendah, kata penganalisis Barat itu, dan mereka kelihatan berjuang di luar kemampuannya dalam pertempuran jalanan di Khartoum dan Omdurman.

Di Darfur, SAF hanya mampu mengekalkan kedudukan pertahanan sambil mencari sumber luar kebanyakan penglibatan mereka dengan kumpulan pemberontak.

“Saya fikir ia akan menjadikan pihak luar yang akan membuat perubahan. Apa yang saya pelajari ialah Emirat (UAE) telah melabur sepenuhnya dalam kemenangan RSF,” kata Hudson.

Kita masih mengharapkan ada sinar di sebalik perang di Sudan. Namun buat masa ini, situasi sukar seakan tiada penghujungnya, dengan konflik dan peperangan di negara itu telah memasuki fasa terbaru yang lebih tragis.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia