Ambil Pengajaran Perpaduan Dalam Ibadat Haji – Agong

Ambil Pengajaran Perpaduan Dalam Ibadat Haji - Agong | IKRAM

SEPANG – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, perhimpunan haji yang merupakan satu manifestasi syiar perpaduan ummah yang maha agong, boleh dijadikan tauladan dan pengajaran di Malaysia.

Justeru, jemaah haji dan seluruh rakyat Malaysia diseru agar mengambil pengajaran daripada kesatuan serta perpaduan umat Islam ketika mengerjakan rukun Islam kelima itu.

“Lantaran itu, saya menyeru kepada para bakal haji dan seluruh rakyat Malaysia untuk mengambil pengajaran daripada kesatuan dan perpaduan ummah dalam perhimpunan terbesar manusia di dunia ini, untuk sama-sama kita jadikan tauladan serta pedoman dalam membentuk semangat perpaduan dan ikatan ukhuwah di negara Malaysia yang kita cintai ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat ke majlis mengucapkan selamat jalan kepada jemaah haji ke tanah suci di Movenpick Hotel and Convention Centre KLIA di Sepang pada Selasa.

“Menjadi tetamu Allah SWT dalam sebuah perhimpunan terbesar umat Islam ini, mengajar kita untuk bersabar, bersifat toleransi dan juga saling hormat menghormati sesama tetamu Allah yang lain.”

Titah Al-Sultan Abdullah lagi, jemaah haji musim ini perlu terus mengekalkan nama baik negara dan sentiasa menjaga diri ketika melaksanakan ibadat berkenaan.

“Kepada para bakal haji sekalian, saya berharap agar tuan-tuan dan puan-puan akan sentiasa menjaga diri dan nama baik negara.”

Tambah baginda lagi, semasa di tanah suci kelak, ikuti segala nasihat dan panduan kesihatan serta amalan pemakanan yang disarankan oleh Tabung Haji.

“Ambillah kesempatan menjadi tetamu Allah ini untuk beribadat dan beramal dengan sesungguh hati,” titah baginda lagi.

Turut berangkat sama, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

Dalam majlis itu, seramai 355 orang bakal Jemaah Haji Malaysia ini dijadualkan berlepas menerusi penerbangan Saudia Airlines (SV 5665) ke Jeddah pada pukul 5.35 petang dan dijangka tiba pada pukul 11.10 malam (waktu Arab Saudi).

Majlis ini turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Mohd Na’im Mokhtar, Duta Besar Arab Saudi ke Malaysia, TYT Mesaad Ibrahim Al-Sulaim, Pengerusi TH, Tan Sri Azman Hj Mokhtar, Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif TH, Tuan Syed Hamadah Syed Othman, Anggota Lembaga dan Pengurusan Kanan TH serta wakil-wakil kementerian dan agensi kerajaan.

Foto: Tabung Haji

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia