Ke arah Negara Rahmah yang mesra kesihatan mental pelbagai golongan

Psikospiritual IKRAM atau P.S.I (sebuah unit di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia) mengucapkan selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia (10 Oktober 2021). Tema Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun ini ialah Kesihatan Mental Dalam Dunia Yang Tidak Saksama (Mental Health in an Unequal World). Dunia umumnya, dan Malaysia khususnya, menyaksikan peningkatan polarisasi. Di Malaysia, […]
MoU kerajaan, PH cetus amalan politik kolaboratif

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik yang ditandatangani Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) pada 13 September 2021. Ini bersesuaian dengan politik kolaboratif yang dicadangkan IKRAM pada Ogos lepas supaya pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang bersepakat untuk menangani krisis kesihatan, ekonomi, sosial dan pendidikan yang melanda negara. […]
Segerakan RUU Pemecatan Ahli Parlimen 2021

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik inisiatif Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said menghantar notis usul bagi membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Pemecatan Ahli Parlimen 2021 dan cadangan penubuhan ‘Kaukus Reformasi Parlimen dan Demokrasi Pelbagai Parti’. RUU berkenaan mencadangkan agar Pilihan Raya Pecat (‘recall election’) diperkenalkan untuk mencegah rasuah politik melalui amalan lompat […]
Perutusan ulang tahun Hari Kebangsaan Ke-64

Negara kita menyambut ulang tahun ke-64 tahun ini dalam keadaan berdepan dengan cabaran pandemik Covid-19 yang mengesani kesihatan, ekonomi dan pendidikan rakyat. Kemelut dalam kalangan para politikus pula menjadikan tadbir urus negara tambah haru-biru. Sebagai Muslim dai dan rakyat Malaysia yang berpendidikan dan bertanggungjawab, ahli-ahli IKRAM perlu terus fokus dengan usaha pengislahan diri, keluarga, […]
Politik kolaborasi demi merungkai kemelut negara

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik perbincangan dua hala di antara Perdana Menteri dengan pemimpin-pemimpin pembangkang yang telah berlangsung pada 25 Ogos 2021. IKRAM berharap dan mendoakan agar usaha berkenaan akan membuka jalan ke arah kesepakatan di antara pemimpin-pemimpin kerajaan dan pembangkang untuk menangani krisis kesihatan, ekonomi, sosial dan pendidikan yang melanda negara. […]
“Mak, Dah Siap!” Filem Pendek #MerdekaBersama IKRAM

IKRAM mengambil maklum berkenaan komen-komen positif dan negatif daripada netizen dan pihak tertentu berkenaan video bertajuk “Mak, Dah Siap!” yang dimuat naik pada 22 Ogos yang lalu. IKRAM ingin mengambil kesempatan memohon maaf kerana video tersebut telah menimbulkan sensitiviti perkauman meskipun tujuan asal video itu adalah untuk mendidik semangat kebangsaan sejak dari kecil. […]