“Mak, Dah Siap!” Filem Pendek #MerdekaBersama IKRAM

IKRAM mengambil maklum berkenaan komen-komen positif dan negatif daripada netizen dan pihak tertentu berkenaan video bertajuk “Mak, Dah Siap!” yang dimuat naik pada 22 Ogos yang lalu.

 

IKRAM ingin mengambil kesempatan memohon maaf kerana video tersebut telah menimbulkan sensitiviti perkauman meskipun tujuan asal video itu adalah untuk mendidik semangat kebangsaan sejak dari kecil.

 

Video “Mak, Dah Siap!” adalah sebahagian daripada produk penerbitan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan 2021 yang dianjurkan dengan tema #MerdekaBersama.

 

Mesej utama yang ingin disampaikan dalam video ini adalah untuk menunjukkan realiti semasa sebahagian anggota masyarakat di Malaysia yang cenderung memberikan gelaran kepada bangsa lain dengan melabelkan bangsa tersebut dengan sesuatu perbuatan atau tindak-tanduk negatif.

 

IKRAM merasakan stereotaip ini perlu dihentikan, apatah lagi jika ia mula dipelajari oleh anak-anak dari awal usia.

 

Sebagai anggota masyarakat, ibu bapa khususnya, kita hendaklah sentiasa menunjukkan contoh teladan yang baik dan mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni perpaduan dalam masyarakat majmuk di negara ini.

 

Atas rasa tanggungjawab menjaga sensitiviti dan memelihara keharmonian antara kaum, IKRAM menarik balik penerbitan video tersebut di semua media sosial yang dikendalikan oleh IKRAM.

 

Sebagai sebuah pertubuhan dakwah dan kebajikan, IKRAM sentiasa berusaha untuk menyampaikan mesej dan nasihat yang baik kepada rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama.

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia
#MerdekaBersama

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia