Ke arah Negara Rahmah yang mesra kesihatan mental pelbagai golongan

Psikospiritual IKRAM atau P.S.I (sebuah unit di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia) mengucapkan selamat menyambut Hari Kesihatan Mental Sedunia (10 Oktober 2021). Tema Hari Kesihatan Mental Sedunia pada tahun ini ialah Kesihatan Mental Dalam Dunia Yang Tidak Saksama (Mental Health in an Unequal World).

 

Dunia umumnya, dan Malaysia khususnya, menyaksikan peningkatan polarisasi.

 

Di Malaysia, dari sudut kesaksamaan ekonomi, 20 peratus daripada kumpulan isi rumah M40 beralih kepada kumpulan B40 akibat kesan pandemik Covid-19. Dari sudut kesaksamaan gender, skor Indeks Jurang Gender Global adalah 0.68 meletakkan Malaysia sebagai negara yang mempunyai jurang gender luas di Asia Tenggara.

 

Dari sudut kesaksamaan umur, peratus warga emas dijangka meningkat daripada 3.7 juta orang (7%) pada tahun 2020 kepada 5.3 juta (15%) pada tahun 2030 menunjukkan Malaysia adalah masyarakat menua dan bakal menjadi masyarakat tua.

 

Dari segi kesaksamaan kelainan upaya pula, hanya seramai 570,000 OKU yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat berbanding jumlah 4.7 juta seperti yang terdapat di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

 

Pandemik Covid-19 pula telah menyebabkan peningkatan kes kesihatan mental di Malaysia hingga berlaku 266 kes bunuh diri dan 1,080 kes cubaan bunuh diri antara 19 Mac 2020 hingga 30 Oktober 2020.

 

Ketidaksaksamaan yang berlaku boleh menyebabkan pelbagai golongan dalam masyarakat tidak mendapat peluang yang saksama untuk mendapatkan penilaian dan rawatan penyakit mental.

 

P.S.I percaya kepada kesaksamaan dalam peluang mendapatkan penilaian dan rawatan penyakit mental oleh semua lapisan masyarakat. P.S.I mempromosi pembangunan modal insan yang bersifat holistik merangkumi kesejahteraan biofizikal, psikologi, sosial dan spiritual.

 

Sebagai sebuah unit dalam Pertubuhan IKRAM Malaysia yang melihat isu kesejahteraan psikospiritual ahli-ahli IKRAM, P.S.I menganggap sukarelawan dalam lapangan dakwah, tarbiah dan kebajikan juga perlu mendapat peluang yang luas dalam latihan meningkatkan tahap kesihatan mental dan mendapatkan rawatan jika mengidap penyakit mental.

 

Antara pencapaian utama P.S.I pada tahun 2020 ialah apabila tiga modul (dengan empat submodul setiap satu) berkaitan kesejahteraan psikospiritual dimasukkan secara rasmi dalam modul tarbiah/latihan ahli-ahli IKRAM:

  1. Psikologi Positif dan Kesejahteraan Psikospiritual: Ke Arah Ahli Yang Rahmah
  1. Pertolongan Cemas Kesejahteraan Psikospiritual: Ke Arah Usrah Yang Rahmah
  1. Psikologi Organisasi Dakwah: Ke Arah Organisasi Yang Rahmah

 

P.S.I juga telah melibatkan ahli-ahlinya untuk menyumbangkan tenaga dalam Talian ReachU (talian sokongan psikososial), inisiatif NGO Pertubuhan Kesejahteraan Psikospiritual Malaysia (PKPM) untuk menyantuni panggilan orang awam yang tidak dapat berjumpa kaunselor secara bersemuka.

 

Dalam masa yang sama, P.S.I telah bekerjasama dengan IKRAM Muda Malaysia dalam kajian kesihatan mental ahli-ahli muda IKRAM. Ahli-ahli P.S.I juga bekerjasama dengan SAYA, sebuah sayap IKRAM Muda Malaysia dalam advokasi kesihatan mental di samping memenuhi jemputan webinar dari pelbagai jabatan kerajaan dan syarikat swasta.

 

Bersempena dengan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2021, Psikospiritual IKRAM (P.S.I) mencadangkan supaya pihak kerajaan serta swasta berganding bahu dalam melaksanakan tugas-tugas berikut ke arah kesaksamaan kesihatan mental dalam masyarakat Malaysia:

 

  1. Institusi Pendidikan (sekolah, kolej, dan universiti)
  • bersikap proaktif dalam mengenal pasti tanda-tanda tekanan dan penyakit mental dalam kalangan pelajar, guru dan pensyarah.
  • memperbanyakkan kempen untuk mengurangkan stigma terhadap pesakit mental supaya para pelajar, guru dan pensyarah tidak malu untuk mendapatkan bantuan profesional.

 

  1. Organisasi (kerajaan, swasta, dan NGO):
  • membentuk polisi kesihatan mental yang rahmah pekerja dan memastikan wujud akomodasi tempat kerja yang mengambil kira perbezaan dalam status ekonomi, jantina, bangsa, umur, keperluan khas, kesihatan dan kewarganegaraan, serta memastikan peluang yang sama untuk pekerja mendapatkan rawatan profesional tanpa mengira perbezaan ini.
  • mengamalkan stail kepimpinan rahmah yang boleh memperbaiki prestasi dan kesejahteraan pekerja.

 

  1. Kerajaan
  • mewujudkan lebih ramai pakar berkaitan kesihatan mental seperti psikiatri, psikologi, kaunseling dan kerja sosial yang terlatih secara saintifik, profesional dan peka tentang aspek spiritual.
  • memperkenalkan Akta Psikologi, mempromosi amalan kesihatan mental yang berasaskan dalil/bukti serta membasmi amalan psedosikologi.
  • meningkatkan taraf sosioekonomi dan kualiti sistem pendidikan, kesihatan, perumahan dan perundangan bagi meningkatkan kesaksamaan dan kesihatan mental rakyat.

 

Semoga usaha ini dapat membantu mewujudkan negara yang rahmah kepada semua lapisan masyarakat meliputi kesejahteraan biofizikal, psikologikal, sosial dan spiritual.

 

Dr. Alizi bin Alias
Pengerusi
Psikospiritual IKRAM (P.S.I) 2021
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)

E-mel: [email protected]
Facebook: Psikospiritual IKRAM
4 Rabiulawal 1443H / 10 Oktober 2021

 

[ ENGLISH VERSION ]

 

CELEBRATING WORLD MENTAL HEALTH DAY 2021

Towards a Nation of Rahmah for the Mental Health of Diverse Segments of Society

 

Psikospiritual IKRAM (P.S.I) – a unit under Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) – wishes Happy World Mental Health Day 2021, which falls on 10 October. This year’s theme is ‘Mental Health in an Unequal World.’

 

In recent times, the world has witnessed increasing, unhealthy polarisation in various walks of life, and Malaysia has been no exception.

 

In Malaysia, in terms of economic equality, 20% of M40 households have transitioned to the B40 category as a result of the COVID-19 pandemic. Looking at gender equality, we scored 0.68 on the Global Gender Gap Index, rendering Malaysia as having a large such gap in Southeast Asia.

 

Regarding ageing, the number of elderly citizens is foreseen to escalate from 3.7 million (7% of the population) in 2020 to 5.3 million (15% of the population) in 2030, suggesting that Malaysia is now an ageing society and will eventually be categorised as an aged society.

 

Pertaining to people with disabilities, only 570,000 are registered with the Department of Social Welfare despite there being 4.7 million such individuals according to the National Registration Department.

 

The pandemic has caused a hike in mental health cases; there were 266 cases of suicide and 1,080 cases of suicide attempts between 19 March 2020 and 30 October 2020.

 

The discrepancies existent between different classes of society as mentioned previously may have resulted in certain groups lacking access to the assessment and treatment of mental illness.

 

P.S.I believes that all segments of society should have equal access to the assessment and treatment of mental illness. P.S.I promotes holistic human capital development encompassing biophysical, psychological, social and spiritual aspects of well-being.

 

As a unit under IKRAM that addresses issues of psychospiritual well-being among its members, P.S.I deems that these activists in the fields of da’wah (Islamic evangelism), tarbiyah (Islamic religious education) and charity work also should be given the opportunity to receive training in increasing the level of mental health and to receive treatment if afflicted by mental illness.

 

One of the key achievements of P.S.I in 2020 was the addition of three modules (each with four submodules) to IKRAM’s official tarbiyah syllabus:

  1. Positive Psychology and Psychospiritual Well-Being: Towards Rahmah/Compassionate Individuals
  2. Emergency Help in Psychospiritual Well-Being: Towards Rahmah/Compassionate Usrah (Study Groups)
  3. Da`wah Organisation Psychology: Towards Rahmah/Compassionate Organisations

 

P.S.I has also mobilised its members to contribute their manpower to the psychological support line ReachU, an initiative by the non-governmental organisation Pertubuhan Psikospiritual Malaysia (PKPM) to cater to the lay public who are unable to meet counsellors face-to-face.

 

Simultaneously, P.S.I has worked together with IKRAM Muda Malaysia (IKRAM Youth Malaysia) in conducting studies regarding the mental health of their members. P.S.I has also advocated mental health issues alongside the IKRAM Muda agency SAYA in addition to fulfilling invitations to speak at webinars by various government departments and corporate companies.

 

In conjunction with World Mental Health Day 2021, P.S.I encourages that both the public and private sectors co-operate in executing the following recommendations towards mental prosperity in Malaysian society:

 

  1. Educational Institutions (schools, colleges dan universities)
  • Be proactive in identifying signs of stress and mental illness among students, teachers and lecturers.
  • Hold campaigns to curb stigma towards mental illness patients so that students, teachers and lecturers do not hesitate to seek professional help if needed.

 

  1. Organisations (governmental, private, dan NGOs):
  • Develop mental health policies which are employee-friendly and ensure that workplace accommodations are in place to cater to differences in economic status, gender, race, age, special needs, health and citizenship, and ensure equal opportunity to receiving professional help despite these differences.
  • Practise a rahmah/compassionate leadership style that helps to improve the performance and well-being of employees.

 

  1. Government
  • Produce more experts in mental health sciences such as psychiatry, psychology, counselling and social work who are trained scientifically, professionally and are aware of spiritual aspects as well.
  • Draft the Psychological Act, which intends to promote evidence-based mental health practises and eradicate pseudo-psychology practises.
  • Elevate socio-economic levels, the quality of the education system, the health-care system, the housing system and the legal system to reduce inter-class discrepancies and improve the people’s mental health.

 

May these endeavours help to build a nation which treats all segments of society with rahmah and fosters biophysical, psychological, social and spiritual well-being.

 

Dr. Alizi bin Alias
Chairman
Psikospiritual IKRAM (P.S.I) 2021
(Pertubuhan IKRAM Malaysia)

Email: [email protected]
Facebook: Psikospiritual IKRAM
4 Rabi’ul Awwal 1443H / 10 October 2021

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia