Status kesihatan Presiden IKRAM

Adalah dimaklumkan bahawa Presiden IKRAM, Hj Badlishah Sham bin Baharin telah selamat menjalani pembedahan pintasan jantung (Coronary Artery Bypass Grafting – CABG) pada Khamis, 3 Mac 2022 di Hospital UiTM Sungai Buloh. Dengan itu, Timbalan Presiden, Prof. Dato’ Dr Hassan Basri bin Awang Mat Dahan akan memangku segala tugas dan tanggungjawab Presiden sehingga dimaklumkan. […]
Selamat Hari Wanita Sedunia 2022

Wanita IKRAM Malaysia mengucapkan “Selamat Hari Wanita Sedunia” kepada semua wanita di mana sahaja anda berada. Tanggal 8 Mac disambut saban tahun sebagai ‘Hari Wanita Sedunia’ bertujuan untuk mengiktiraf pencapaian wanita dalam pelbagai bidang termasuk sosial, ekonomi, politik dan kebudayaan tanpa mengira perbezaan negara, etnik, linguistik, budaya, ekonomi atau politik. Wanita IKRAM menyambut […]
Jumlah mangsa banjir terus meningkat

SERI KEMBANGAN – Seramai 62,999 orang mangsa banjir ditempatkan di semua pusat pemindahan di lapan negeri sehingga kini, menurut portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA). Pahang mempunyai jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,924 orang, diikuti dengan Selangor 22,947, Kelantan 3,593, Melaka 564, Kuala Lumpur 415, Perak 285, Negeri Sembilan 208 dan Terengganu 63. […]
Tahniah Tan Sri Azman, Pengerusi Tabung Haji baharu

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Tan Sri Azman bin Mokhtar atas pelantikan sebagai Pengerusi Tabung Haji (TH). IKRAM mengalu-alukan pemilihan seorang profesional bagi menerajui TH. IKRAM sentiasa menyokong sebarang usaha untuk memantapkan institusi negara melalui kepimpinan yang berwibawa dan tadbir urus yang baik. Didoakan semoga YBhg Tan Sri […]
Bajet 2022 – Kerajaan perlu lebih jujur dan serius

Bajet 2022 yang dibentangkan pada 29 Oktober merupakan satu komponen penting dalam proses memulihkan negara yang amat terkesan dengan pandemik Covid-19 sejak awal tahun 2020. Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melihat bajet sebagai salah satu dari proses utama untuk membangunkan negara. IKRAM berpandangan bajet negara hendaklah dilihat dari aspek implikasi secara keseluruhan dan berjangka panjang. […]
Didik pengundi pilih wakil rakyat berkualiti, kompeten, berintegriti

SHAH ALAM – Pengundi di Malaysia perlu dididik untuk memilih ahli Parlimen atau wakil rakyat yang benar-benar berkualiti, kompeten dan berintegriti sebagai salah satu usaha reformasi pilihan raya. Pengerusi Gabungan Bertindak Malaysia (GBM), Badlishah Sham Baharin berkata, ahli Parlimen yang menonjolkan sifat-sifat tersebut diyakini mampu meningkatkan mutu perbahasan dalam Parlimen. “Pendidikan pengundi penting […]