Jumlah mangsa banjir terus meningkat

SERI KEMBANGAN – Seramai 62,999 orang mangsa banjir ditempatkan di semua pusat pemindahan di lapan negeri sehingga kini, menurut portal bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NADMA).

 

Pahang mempunyai jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 34,924 orang, diikuti dengan Selangor 22,947, Kelantan 3,593, Melaka 564, Kuala Lumpur 415, Perak 285, Negeri Sembilan 208 dan Terengganu 63.

 

Di Pahang, jumlah mangsa banjir tertinggi ialah di daerah Kuantan iaitu seramai 18,694 orang, diikuti Temerloh 5,570, Raub 2,187, Lipis 2,031, Jerantut 1,910, Pekan 1,061 dan Maran 631.

 

Di Selangor, jumlah mangsa banjir tertinggi ialah di daerah Klang iaitu seramai 10,518 orang. Ini diikuti dengan daerah Petaling 7,013, Kuala Langat 3,011, Kuala Selangor 1,117, Hulu Langat 696, Sepang 526, Gombak 28, Sabak Bernam 21 dan Hulu Selangor 17.

 

Dalam perkembangan berkaitan, amaran hujan berterusan di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang dikeluarkan pada pagi Isnin, ditamatkan.

 

“Keadaan cuaca di negeri-negeri terlibat dijangka bertambah baik,” kata Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah.

 

Beliau berkata, orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca dan laman media sosial rasmi jabatan itu.

 

“Orang ramai yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi talian hotline MetMalaysia di 1-300-22-1638.”

 

Pertubuhan IKRAM Malaysia turut mengaktifkan lima institusinya untuk memberikan bantuan kepada mangsa banjir. Untuk info lanjut sumbangan, sila klik pautan https://bit.ly/ikram-bantu-banjir

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia