Dua Helikopter TLDM Terhempas: IKRAM Ucap Takziah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) amat terkejut dan berdukacita dengan tragedi dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas semasa raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 di Pangkalan TLDM Lumut pagi tadi. IKRAM mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga kepada 10 orang mangsa yang disahkan terkorban dan juga warga TLDM. IKRAM menyambut baik tindakan pantas TLDM […]
Pemergian Syeikh Abdul Majid al-Zindani: Takziah daripada IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menzahirkan rasa dukacita atas berita pemergian seorang ulama dunia Islam dan pengasas Universiti Iman, Yaman, Prof Dr Syeikh Abdul Majid Aziz al-Zindani, 82, di Istanbul, Turkiye pada Isnin, 22 April lalu. IKRAM mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga beliau atas kehilangan besar sebutir permata dunia Islam. Syeikh al-Zindani banyak menyumbang dalam bidang […]
Palestin: HIKAM Sambut Baik Saranan Gencatan Politik, Solidariti Bersama PM

Himpunan Gerakan Islam Malaysia (HIKAM) menyambut baik saranan agar isu Palestin menjadi titik permulaan pemimpin Islam, sama ada di pihak kerajaan mahupun pembangkang untuk melakukan gencatan politik. Ini selari dengan firman Allah SWT yang bermaksud: “Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertakwalah kepada Allah […]
Misi Flotila ke Gaza: Aktivis Malaysia Berlepas ke Istanbul

SEPANG – Aktivis Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan ‘Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla’ berlepas ke Istanbul, Turki, pagi ini. Kesemua 19 anggota rombongan itu terdiri daripada doktor, aktivis kemanusiaan dan pengamal media. Misi kemanusiaan ini bersatu di bawah gerakan Freedom Flotilla Coalition (FFC) yang turut meliputi aktivis dari seluruh negara antaranya Turki, Kanada, […]
Iklan RHB Raya 2024: Jadilah Rahmat Sesama Insan

Ini cerita pasal seorang ibu, seorang anak dan seorang peguam. Mungkin para pembaca telah mengetahui cerita ini kalau sudah menonton iklan raya RHB. Kisahnya, si anak mendapat tempat pertama di dalam kelas dan ibu berjanji membelikan sebuah kotak pensel sebagai hadiah. Akan tetapi, ibu kesempitan wang dan akhirnya mencuri kotak pensel di sebuah gedung tetapi […]
IKRAM Kutuk Serangan Zionis Korbankan Anak dan Cucu Ismail Haniyeh

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara rejim Zionis yang mengorbankan tiga anak lelaki Ketua Biro Politik Hamas, Ismail Haniyeh dan empat cucunya di Gaza pada Rabu. IKRAM amat sedih dan bersimpati atas kejadian serangan yang berlaku ke atas kem al-Shati di utara Gaza, yang menggambarkan kezaliman berterusan rejim Zionis dan menyerlahkan lagi sikap […]