Bapa Teladan Perlu Ditonjolkan Kepada Masyarakat

Bapa Teladan Perlu Ditonjolkan Kepada Masyarakat | IKRAM

KUALA LUMPUR – Majlis Sambutan Hari Bapa 2024 dengan tema “Terima Kasih Ayah” telah berlangsung pada Sabtu, 22 Jun lalu di Dewan Temu Jelatek di Datum Jelatek Shopping Mall.

Program tersebut dianjurkan bersama Persatuan Bapa Hebat Malaysia (Better Dads Malaysia) dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan sokongan Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Antara objektif utama program ini ialah untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai peranan dan tanggungjawab bapa dalam masyarakat, serta menonjolkan tokoh-tokoh bapa teladan kepada masyarakat.

Peranan bapa sering kali diabaikan oleh masyarakat sehingga menimbulkan kepincangan dalam keluarga dan seterusnya memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Sambutan ini diadakan bertujuan untuk meraikan dan menghargai mereka yang bergelar sebagai bapa atas kasih sayang, pengorbanan, dan dedikasi yang diberikan dalam membesarkan anak anak. 

Majlis bermula dengan perkongsian oleh Pemenang Anugerah Bapa Teladan 2019 iaitu Tn Ahmad Shamsul Baharin Mohd Hanafiah, yang menekankan pentingnya pendidikan akhlak kepada anak-anak, mendahului penekanan akademik, dan mengelakkan pendekatan kepada kebendaan.

“Kami berhasrat untuk menyokong para bapa dan mendidik mereka menguruskan masa dengan lebih baik untuk meluangkan lebih banyak detik berkualiti bersama keluarga mereka,” kata pengasas Better Dads Malaysia, Jason Leong.

“Peranan seorang bapa adalah penting dalam dinamik keluarga. Walaupun sesetengah bapa mungkin bergelut untuk melaksanakan peranan dengan baik, kami berharap inisiatif kami dapat melengkapkan mereka dengan alat yang diperlukan untuk mengatasinya,” tambahnya.

Acara kemuncak program ini ialah pengisytiharan dua orang Bapa Teladan bagi tahun 2024 iaitu Dr Joseph Pang dan Michael Tong Wai Siong. 

Dr Joseph Pang (tidak dapat hadir) ialah pengasas Rumah Anak Yatim House of Love oleh Pertubuhan Rumah Anak Yatim Berkat Kasih, Klang yang kini menjaga 28 orang anak yatim, ditinggalkan, teraniaya dan terabai, manakala Michael Tong membesarkan tiga anak angkat adik-beradik Melayu dan memastikan mereka mendapat didikan agama Islam yang baik.

Anugerah disampaikan tetamu kehormat Hairil Fadzly Md Akir, Timbalan Pengarah (Pengurusan) LPPKN yang turut merasmikan majlis.

Hadir sama dalam majlis itu Presiden IKRAM Hj Badlishah Sham Baharin, Naib Presiden Profesor Dr Hanim Salleh, Setiausaha Agung Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Ahli JKP Hj Ainullotfi Abdul Latif dan Dr Maznah Daud, termasuk wakil-wakil IKRAM Kuala Lumpur bersama kira-kira 100 orang jemputan.

Majlis juga diserikan dengan sesi Pocket Talk “Kata Hati Ayah” oleh En Mohd Noh Saiman (Kaunselor berdaftar LPPKN), deklamasi sajak bertajuk “Ayah, Inspirasiku” oleh En Zainal Amin Zainal Adlishah (IKRAM) dan sesi interaktif ayah dan anak bersama badut Uncle Button.

Beberapa gerai pameran dan perkhidmatan turut disediakan LPPKN, Better Dads dan agensi lain, termasuk pemeriksaan kesihatan dan kempen peranan bapa.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia