Sembang Santai Anak Muda Fahami Peranan Bapa

KUALA LUMPUR – Hampir 400 peserta telah menyertai program Sembang Santai ‘Anak Muda Hero Keluarga’ sempena sambutan Hari Bapa yang berlangsung di Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur pada Sabtu, 29 Jun lalu.

Program yang bertujuan memupuk dan mendidik generasi muda tentang tanggungjawab dan peranan mereka sebagai hero keluarga disertai oleh para peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar pelbagai IPTA/IPTS, anak-anak muda daripada pelbagai NGO dan komuniti sekitar Lembah Klang serta Angkatan Tentera Malaysia.

Program dimulai dengan slot Chit-Chat with Influencers: “Future Family Hero” melibatkan pempengaruh terkenal iaitu Dr Ahmad Samhan (Pempengaruh Kesihatan) dan Sifu Zack (Mohd Zakri Rihan), Family Coach LPPKN bersama hos Aqil Junaidi (Strategis Media Sosial).

Perbincangan berkisar mengenai kepentingan pengetahuan tentang rumah tangga dan peranan sebagai bapa ketika masih muda, agar mereka dapat mempersiapkan diri dengan kemahiran dan pengetahuan yang sebaiknya serta mengurangkan isu keruntuhan rumah tangga.

Program sembang santai anjuran bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui Bahagian Keluarga, Sosial dan Komuniti ini dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr Hj Mohd Na’im Mokhtar.

Ia turut dihadiri Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) JAKIM, Dato’ Hj Zamani Ahmad Mansor dan Naib Presiden IKRAM, Prof Dr Hanim Salleh dan Timbalan Pengarah Pusat Islam UTM Kuala Lumpur, Prof Madya Dr Mohd Al’Ikhsan Ghazali, Pengarah LPPKN Negeri Sembilan, Encik Azlan Shah Nazrudin dan Penasihat Better Dads Malaysia, En Jason Leong.

Menurut Dato’ Mohd Na’im, punca yang menyebabkan seringnya berlaku keretakan rumah tangga melibatkan pasangan muda adalah kegagalan suami ataupun seseorang bapa dalam menjalankan tanggungjawab memberikan nafkah kepada isteri dan juga anak-anak.

“Nafkah ni bukan sahaja makan, minum atau tempat tinggal. Tetapi nafkah kasih sayang juga. Banyak keadaan di mana isteri-isteri memfailkan tuntutan cerai sebab mereka tidak dapat nafkah langsung, begitu juga dengan anak-anak,” kata beliau.

Tambahnya, tanggungjawab keluarga pula diserahkan kepada isteri di mana ada kes gaji isteri yang telah bekerja dengan teruk, setiap bulan diambil oleh suami.

“Jadi, inilah yang sepatutnya dijaga dalam sesebuah rumah tangga dan ketua keluarga harus mempunyai tanggungjawab untuk menyediakan segala keperluan di bawah tanggungannya,” katanya pada sidang media selepas perasmian.

Sehubungan itu, beliau mengajak golongan bapa dan juga suami agar belajar memahami tanggungjawab sebagai ketua keluarga agar perkara-perkara seumpama itu tidak berlaku.


Slot seterusnya pula disambung dengan forum “Siapa Hero Keluarga?” yang dibawakan oleh tiga ahli panel iaitu Sifu Zack, Ketua Pegawai Eksekutif ARBA Foundation, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan dan wakil Better Dads Malaysia, Lee Kum Siak bersama hos Aqil Junaidi.

Forum ini bertujuan bagi memupuk kefahaman dan kesedaran anak muda dalam kalangan bakal bapa mengenai peranan penting ketua keluarga, serta memperkukuh nilai-nilai kekeluargaan positif dalam masyarakat.

Dalam pada itu, Dato’ Mohd Na’im menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini dan berharap ia dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang supaya anak-anak muda dan bakal ketua keluarga terus dididik dan diberi kesedaran mengenai tanggungjawab mereka pada masa hadapan.

“Ini selari dengan hasrat kerajaan untuk membentuk satu masyarakat madani yang ditegaskan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim sebelum ini yang berhasrat untuk melahirkan masyarakat yang tinggi budi pekerti dan nilai-nilai akhlak sempurna,” ujarnya.

Program Sembang Santai ‘Anak Muda Hero Keluarga’ turut mendapat kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN), Better Dads Malaysia, Mamee dan F&N.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia