SBK, Karnival KAMI: Pelbagai Warna, Demi Malaysia

SBK, Karnival KAMI: Pelbagai Warna, Demi Malaysia | IKRAM

Kalau bertamu ke Malaysia, pastinya akan dihidangkan dengan warna-warni sajian pelbagai kebudayaan etnik tidak kira negeri atau wilayah mana yang dituju.

Inilah kelebihan dan keistimewaan yang terdapat pada negara Malaysia yang menawarkan keunikan kepelbagaian budaya dalam satu negara yang aman dan harmoni dihuni oleh rakyat yang terkenal dengan keprihatinan, keramahan dan kemesraannya. 

“Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama” merupakan tema yang diangkat oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia melalui penganjuran Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK) yang berlangsung sejak 1 Ogos hingga 16 September lalu.

Ia merupakan tema yang menggambarkan penerimaan perbezaan rakyat Malaysia yang berbilang etnik sebagai satu identiti bangsa Malaysia yang dibanggakan. 

Masyarakat Malaysia terkenal dengan sikap keprihatinan dan empati. Atas sifat dan nilai mulia ini, ia menjadikan Malaysia masih dilihat aman damai di persada dunia sehingga ia membaluti kegelisahan dan keresahan yang wujud dalam masyarakat. 

Anasir-anasir yang mencengkam hati kadangkala hadir sebagai perasaan yang boleh ditoleransikan berbanding rasa besarnya tanggungjawab untuk mengekalkan keharmonian dan keamanan. 

Maka tidak pelik apabila rakyat berbilang etnik sama-sama berkongsi rasa sedih, sebak dan sama-sama turut memainkan peranan tanpa mengira perbezaan apabila negara diancam oleh wabak pandemik covid, banjir dan kemelesetan ekonomi yang melanda negara-negara. 

Konvoi Amal Perpaduan adalah salah satu aktiviti SBK oleh MyIKRAM Bikers dan Yayasan IKRAM Malaysia yang telah menjelajah ke seluruh Semenanjung Malaysia dalam misinya untuk mengagihkan sumbangan kepada masyarakat yang memerlukan di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

Ini adalah salah misi bantuan daripada pelbagai misi-misi bantuan yang diadakan oleh pihak-pihak lain yang tidak janggal dalam masyarakat Malaysia yang sering dikaitkan sebagai masyarakat yang suka memberi.

Tabiat ini mampu menyubur dan menyemarakkan lagi kasih sayang seperti yang disebut dalam hadis Nabi Muhammad SAW riwayat Bukhari, “Hendaklah kamu saling memberi hadiah, maka kamu akan saling mencintai.”

Apabila berbicara tentang perpaduan nasional, tidak dapat tidak ia mesti bermula dalam komuniti kejiranan.

Kasih sayang dalam keluarga mesti melangkaui petak kejiranan agar terjalin persahabatan dan persefahaman antara satu sama lain sebagai asas pembentukan masyarakat yang sejahtera dan bergantung antara satu sama lain. 

Melalui SBK yang dilaksanakan di seluruh negara, penggabungan rakyat daripada pelbagai latar belakang bangsa, agama dan budaya diajak untuk menyertai aktiviti di peringkat komuniti seperti program Merdeka Chef, flashmob kemerdekaan, kitar semula dan banyak lagi dilihat dapat menjayakan dan memperkukuhkan agenda perpaduan nasional negara. 

Atas kesedaran untuk bergabung membentuk satu suara rakyat yang kuat dan tulen dalam memelihara perpaduan, siri-siri dialog yang terbuka dan berbentuk dua hala adalah langkah yang pragmatik untuk meleraikan isu-isu yang rumit.

Program Bicara Bina Negara yang merupakan salah satu aktiviti dalam SBK harus disambut baik. Perbincangan dalam program ini berkonsepkan ‘agree to disagree’ iaitu bersetuju untuk berbeza pandangan dan pendapat.

Dalam suasana yang terbuka dan aman, ia membuka ruang yang selamat dan selesa untuk berbincang dengan isu-isu yang kadangkala menyentuh sensitiviti kaum masing-masing, dan ini adalah permulaan yang baik dan sihat untuk kerjasama yang utuh.

Amat sukar untuk melerai dan merungkaikan isu-isu kepelbagaian dan perbezaan terutamanya yang menyentuh kepentingan tertentu tanpa wujudnya persefahaman yang diiringi dengan rasa hormat dan kasih sayang antara satu sama lain. 

“Semua program ini juga diharapkan menjadi medium untuk rakyat berkongsi nilai dan budaya rentas bangsa agar yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan.”

Presiden IKRAM, Haji Badlishah Sham Baharin berkata sedemikian ketika berucap dalam Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) yang merupakan acara kemuncak dan penutup Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK).

KAMI merupakan satu karnival yang melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang kaya dengan khazanah bangsa dan budaya yang berbeza tetapi tetap bersatu sebagai satu jiwa.

Karnival seperti ini dianggap sebagai penting bagi memperkenalkan dan melestarikan budaya yang menjadi identiti bangsa agar tidak hilang dan dipelihara kewujudannya. 

Melalui persembahan-persembahan yang mewakili setiap bangsa seperti tarian zapin, tarian singa, silat, wusyu, taichi, silambam dan gendang urumi melam, ia mewujudkan rasa keterikatan dan kebersamaan sesama rakyat Malaysia dalam suasana yang santai dan harmoni.

Susunan program SBK dari awal hingga ke acara kemuncaknya, KAMI menampilkan barisan program yang bernada santai dan juga serious dengan penyertaan rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum.

Aktiviti-aktiviti sebegini berupaya menjadi alat perpaduan ampuh untuk rakyat Malaysia agar saling menerima antara satu sama lain dan berada dalam halaman kefahaman yang sama. 

Walaupun persengketaan kecil wujud, namun dengan adanya ikatan yang tulus dan utuh, ia menjadi terkawal, bahkan boleh menjadi asbab ikatan lebih kukuh yang telah sekian lama terjalin.

Sepertimana kata pepatah, air yang dicincang takkan putus, begitulah ibarat takkan putusnya perpaduan dan keharmonian antara kaum, agama dan budaya di Malaysia.

Basmin Maarof
Pegawai Jabatan Komunikasi dan Multimedia
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia