Hentikan Sentimen Perkauman, Perkukuhkan Perpaduan Rakyat Malaysia

Hentikan Sentimen Perkauman, Perkukuhkan Perpaduan Rakyat Malaysia | IKRAM

IKRAM memandang serius dan mengambil berat perkembangan mutakhir berhubung sentimen perkauman dan agama yang berlegar dalam kalangan masyarakat, khususnya yang disebar melalui media sosial.

Isu-isu perkauman dan agama telah dijadikan modal dalam kempen PRU15 dan setelah berakhirnya pilihan raya. Sekiranya isu-isu perkauman dan agama tidak dibanteras, ia boleh menggugat perpaduan masyarakat pelbagai kaum di negara ini.

Sehubungan itu, IKRAM menggesa semua pihak agar menghentikan sebarang cubaan untuk memainkan isu-isu perkauman dan agama.

Semua pemimpin sama ada pemimpin politik atau pemimpin masyarakat, hendaklah berperanan untuk memastikan pengikut masing-masing khususnya dan masyarakat secara amnya, menjaga keharmonian dan perpaduan yang telah terbina sekian lama.

Sebarang cubaan untuk menggugat keharmonian negara hendaklah dibanteras berlandaskan peruntukan undang-undang negara.

IKRAM mengambil maklum bahawa cuaca politik negara masih panas memandangkan tiada gabungan politik yang mempunyai majoriti di dalam Dewan Rakyat, berdasarkan keputusan PRU15 yang baru diumumkan.

Walau bagaimanapun, IKRAM menyeru semua rakyat bertenang sementara proses kerajaan baru dibentuk berlandaskan lunas-lunas perlembagaan negara.

IKRAM amat mengambil berat sensitiviti umat Islam di Malaysia dan pada masa yang sama menghormati hak dan pandangan semua kaum di negara ini.

Negara kita dibina sebagai sebuah negara majmuk supaya rakyat hidup dengan aman damai dan makmur. Perpaduan yang utuh di antara masyarakat pelbagai kaum merupakan prasyarat untuk Malaysia menjadi sebuah negara yang makmur, maju dan progresif.

Perpaduan yang utuh amatlah kritikal dalam masa sekarang, ketika negara menghadapi pelbagai cabaran dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

IKRAM menyeru agar semua pihak untuk berganding bahu mempertautkan dan mengukuhkan semula hubungan di antara sesama anggota masyarakat, setelah negara melalui satu pilihan raya umum yang telah menimbulkan rasa tidak senang di antara satu sama lain.

Sebagai rakan strategik dalam pembinaan negara, IKRAM akan sentiasa memberikan komitmen yang terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan nasional di negara ini dan bersedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang menjunjung aspirasi yang sama.

Hj Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia