Aktiviti IKRAM Negeri

Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini

Berita Negeri

Seminar Wanita dan Syariah: Anti-famili dan pro-famili

KENYATAAN AKHBAR SEMPENA

SEMINAR WANITA DAN SYARIAH 2012

Wanita Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Selangor

Pada hari ini Ahad, 14 Oktober 2012 bersamaan 27 Zulkaedah 1433H, Wanita IKRAM Negeri Selangor mengadakan Seminar Wanita dan Syariah dengan tema “Mengarusperdanakan Keluarga Asas Pembangunan Masyarakat.”

Berita Negeri

Besut ungguli Sukan IKRAM Terengganu

DUNGUN – IKRAM Negeri Terengganu telah berjaya mengadakan Sukan IKRAM Negeri Terengganu 2012 (untuk lelaki) pada Sabtu 6 Oktober 2012 di Kompleks Sukan UiTM Dungun yang disertai 100 peserta daripada empat kontinjen IKRAM daerah iaitu Kemaman, Dungun, Kuala Terengganu dan Besut. Kejohanan dirasmikan oleh Timbalan YDP IKRAM Terengganu, Hj Nawawi Yusof.

Berita Negeri

3MIT: Muzakarah rintis kepimpinan masyarakat madani

KEMAMAN – Muzakarah Masyarakat Madani IKRAM Terengganu 2012 (3MIT) telah berjaya diadakan pada 21 September 2012 bersamaan 5 Zulkaedah 1433 di Dewan Sekolah Rendah Islam Al-Amin Kerteh di sini. Program anjuran Jawatankuasa Masyarakat Madani Negeri ini telah dirasmikan oleh Presiden IKRAM, Ust Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad, dihadiri hampir 200 orang pimpinan dan ahli IKRAM seluruh Terengganu.

Berita Negeri

Muktamar Tarbawi Mahasiswa Sarawak pacu dakwah di IPT

BINTULU – Muktamar Tarbawi Mahasiswa Sarawak 2012 telah berlangsung pada 15-16 September lalu di Madrasah Al Quran (MAQ) di sini, anjuran Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa (JKPM) IKRAM Negeri Sarawak. Seramai 83 aktivis mahasisiwa menyertai muktamar yang julung kali diadakan.

Berita Negeri

I’tikaf Perdana IKRAM Pulau Pinang

PULAU PINANG – I’tikaf Perdana IKRAM Pulau Pinang telah diadakan pada 10-12 Ogos yang lalu di Masjid Daerah Barat Daya, Masjid Al-Mukhtar, Balik Pulau dengan kehadiran sekitar 200 ahli IKRAM.

Berita Negeri

Sumbangan Ramadan untuk fakir miskin Batu Tiga

SHAH ALAM – Majlis Berbuka Puasa dan Sumbangan Fakir Miskin DUN Batu Tiga anjuran Jawatankuasa Khidmat Masyarakat IKRAM Negeri Selangor dan IKRAM Shah Alam dengan kerjasama DUN Batu Tiga dan Masjid Fastabiqul Khairat telah dilaksanakan dengan jayanya pada Sabtu 22 Ramadan 1433 H bersamaan 11 Ogos yang lalu.

Berita Negeri

“Masih Ada Yang Sayang” untuk fakir miskin Kuala Pahang

PEKAN – Pada Jumaat 17 Ogos lalu, telah berlangsung majlis penyampaian sumbangan kepada fakir miskin anjuran IKRAM Pahang dengan kerjasama PAS Kawasan Pekan bertemakan “Masih Ada Yang Sayang” diadakan di Markas PAS Kuala Pahang.

Berita Negeri

Hari Kesedaran Palestin di SMK Bukit Goh

KUANTAN – Buat julung kalinya Hari Kesedaran Palestin telah diadakan di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Goh pada 10 Ogos yang lalu dengan kerjasama Alumni SMK Bukit Goh dan Aqsa Syarif. Program tersebut berjalan sepanjang hari bermula daripada pagi hingga ke malam.

Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia