Aktiviti IKRAM Negeri
Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini
Program Kepemimpinan Saidina Abu Bakar Anjuran IKRAM Junior Kuching
IKRAM Junior Kuching mengadakan program Kepemimpinan Saidina Abu Bakar pada 14 Mac yang lepas. Program ini diadakan di Surau Hidayatul Rahman, Kampung Gersik Kuching.
Seramai 125 orang peserta yang terdiri daripada kanak-kanak yang berusia enam hingga 12 tahun hadir ke program ini. Para peserta disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik yang membentuk diri dan jiwa mereka.
Bertemakan ‘Kepemimpinan Saidina Abu Bakar’, ternyata program ini mendapat respons yang positif daripada peserta yang hadir.

Ekspedisi Ikram Siswa Melaka

Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk siri 1
Pada 21-22 March 2015, Hidayah Center Melaka telah berjaya menganjurkan Seminar Dakwah Dalam Masyarakat Majmuk Siri 1. Program ini telah mendapat kerjasama daripada Balai Islam Melaka dan Persatuan MACMA Melaka. Ianya telah diadakan di Kompleks Darul Huda, Majlis Agama Islam Melaka.

MyCARE Teruskan Kempen Kesedaran Pembelaan Umat Sejagat di Masjid
JOHOR BAHRU, 14 Mac 2015 – Berlangsung masjlis sambutan Maulid Rasulullah SAW di Masjid Taman Sri Pulai Perdana, Johor Bahru. Pelbagai acara dijalankan di dalam

Lawatan i-Bantu Kota Samarahan ke Hospital Umum Sarawak
Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (i-Bantu) IKRAM Kota Samarahan melawat Hospital Umum Sarawak pada 7 Mac yang lepas. Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada kalangan mahasiswi menyertai lawatan ini. Lawatan kali ini turut disertai oleh Ketua Wanita IKRAM Kota Samarahan, Puan Hajah Zaiton binti Yusof.
Pengerusi Jawatankuasa Khidmat Masyarakat (i-Bantu) IKRAM Kota Samarahan, Puan Farhanah binti Rapihi berkata, i-Bantu mengambil inisiatif ini untuk meringankan para pesakit di hospital serta memberi sokongan emosi dan moral kepada mereka.
IKRAM SISWA Anjur Bengkel Pemantapan Kemahiran Insaniah
Jawatankuasa Akademik dan Profesionalisme IKRAM Siswa UNIMAS mengadakan satu bengkel pemantapan kemahiran insaniah diri pada 1 Mac 2015 yang lepas bertempat di Bilik Multimedia Pusat Islam Tun Abang Salahuddin (PITAS), UNIMAS.
Bengkel yang bertajuk ‘Power of Presentation’ ini memberi ruang dan peluang kepada 45 orang peserta yang terdiri daripada ahli IKRAM Siswa untuk mempelajari teknik menyediakan slaid persembahan menggunakan perisian Microsoft Powerpoint dengan bagus dan berkesan. Di samping itu, bengkel tersebut membantu para peserta untuk meningkatkan kemahiran dan keyakinan untuk bercakap di khalayak ramai.
Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri
IKRAM Selangor
No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel :
Emel : ikramselangor@gmail.co
Aktiviti
- Semua Aktiviti
- Aktiviti IKRAM Negeri

Kenali Kami
© 2009 – 2024 Pertubuhan IKRAM Malaysia
Kulim
Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim
Sungai Petani
Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani
Kubang Pasu / Alor Setar
Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra
Pekan
Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan
Pahang Barat
Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis
Pahang Barat
Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub
Kota Samarahan
Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden
Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my
Berita Terkini IKRAM
Dapatkan info TERKINI
Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia