Menurut Mohd Nor Syakirin selaku pengarah program, usaha bagi mempersiapkan mahasiswa ke arah lebih berkeyakinan dan berkemahiran tidak harus dipandang enteng. Hal ini kerana nilai ini akan menjadi nilai tambah kepada mahasiswa bagi meningkatkan kebolehpasaran mereka ketika memasuki alam pekerjaan nanti.
Beliau turut berharap agar peserta yang hadir ke bengkel tersebut akan menjadi salah satu daripada sumber kepakaran dan kemahiran yang boleh dimanfaatkan untuk menyumbang kembali kepada ummah dan masyarakat kelak.