Aktiviti IKRAM Negeri
Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini
Remaja Raikan Ramadhan Anjuran IKRAMTeens Miri Tarik 82 Peserta
MIRI – Pada 27 Jun yang lepas, IKRAMTeens Miri mengadakan program Remaja Raikan Ramadan bertempat di SMK Bekenu. Program ini dihadiri oleh 82 orang pelajar sekolah tersebut.
Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah perkongsian tentang Ramadan dan Ramadan Race.
Pembawaan program secara santai dan menarik seperti ini ternyata mendapat sambutan dan respons positif daripada peserta yang hadir.
Remaja merupakan aset penting bagi sesebuah negara. Jatuh bangun, gelap cerahnya masa hadapan sesebuah negara ditentukan oleh remaja pada hari ini.

Solat Tarawih Bersama Imam Palestin

Isu Palestin adalah isu sejagat. Maka setiap daripada kita harus memahami ataupun sekurang-kurangnya ambil peduli akan isu ini.
Justeru, MyCare iaitu badan kemanusiaan Pertubuhan IKRAM Sarawak mengambil inisiatif untuk mengadakan Program Ramadan Bersama Imam Palestin sepanjang Ramadan tahun ini.
Program yang diadakan pada setiap tahun di seluruh negara yang bermula pada tahun 2011 ini bertujuan untuk memberi peluang kepada masyarakat untuk menunaikan ibadah bersama imam Palestin dan seterusnya memberi penerangan terhadap krisis-krisis kemanusiaan yang berlaku di Palestin.
i-Bantu Sarawak Menyerahkan Pek Ramadhan
i-Bantu merupakan sayap khidmat masyarakat kepada Pertubuhan IKRAM Malaysia terus prihatin dan komited untuk terus berkhidmat kepada masyarakat.
Pada 20-21 Jun yang lepas, i-Bantu di beberapa daerah di Sarawak seperti Kuching, Bintulu dan Miri mengadakan program bagi merealisasikan tujuan ini.
Bermula pada hujung minggu lalu, i-Bantu IKRAM daerah Miri melalui Skuad IKRAM Prihatin membuka booth bergerak di Taman Bulatan Pujut dengan khidmat menyediakan makanan dan pakaian percuma untuk mereka yang memerlukan.

Semarak Ramadhan Kumpulkan Pelbagai Usia
13 Jun 2015, Sabtu – Masjid Saidina Hamzah bersama-sama dengan Pertubuhan IKRAM Daerah Batu dan IKRAM Wilayah Persekutuan telah menganjurkan program “Karnival Semarak Ramadhan 2015”.

Konsert MyCare Unisza Plastine
30 Mei 2015, telah berlangsunng Konsert Mycare Palestine anjuran MyCare Terenggaanu bersama Universiti Sultan Zainal Abidin di Stadium Tertutup Gong Badak.

Kem Tahfiz 2015
Kem Tahfiz Perdana anjuran Wanita Ikram Melaka telah dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 31 Mei – 5 Jun 2015 bertempat di SM Al-Amin Bestari d’Merlimau,
IKRAM Siswa Meraikan Kedatangan Pelajar Baru Asasi UNIMAS
KOTA SAMARAHAN – Pusat pengajian pra-universiti merupakan salah satu pilihan pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
Sudah semestinya, ppelajar-pelajar baru ini membawa harapan yang menggunung untuk meneruskan kecemerlangan serta ingin membentuk peribadi ke arah yang lebih baik dan holistik.
Justeru, dengan penuh rasa tanggungjawab, IKRAM Siswa dengan motonya ‘Akhlak, Khidmat dan Ukhuwah’ tampil membantu dan ingin merealisasikan cita-cita dan harapan pelajar ini untuk mencapai kecemerlangan akademik sejajar dengan matlamat universiti di samping memiliki akhlak dan peribadi yang mantap.
How to Manage Your Money – Didik Remaja Urus Wang
KUCHING – Pada 29 Mei yang lepas, IKRAMTeens Kuching menganjurkan program ‘How to Manage Your Money’ bertempat di kediaman Ustaz Su’udi Arof, YDP Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Kuching.
Program ini menyajikan pelbagai aktiviti yang menarik bagi memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengurusan wang serta persediaan dalam menghadapi masalah kewangan pada masa akan datang. Antara aktiviti yang menarik ialah permainan kitaran wang dengan menggunakan permainan ‘Saidina’.
Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri
IKRAM Selangor
No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel :
Emel : ikramselangor@gmail.co