IKRAM Siswa Meraikan Kedatangan Pelajar Baru Asasi UNIMAS

 

Pada 6 Jun yang lepas, IKRAM Siswa menganjurkan ‘Spark of Success : AKU Dilamar UNIMAS’ bersama pelajar-pelajar baru Pusat Pengajian Pra-Universiti, UNIMAS sesi 2015/2016 bertempat di Masjid UNIMAS kampus Timur.

Program ini memfokuskan perkongsian semangat dan juga tip-tip belajar untuk mencapai kejayaan di Asasi UNIMAS.
Panel forum ialah Dr. Shahrol bin Mohamaddan, pensyarah kejuruteraan mekanikal UNIMAS, Nur Afiqah Rahim, pelajar tahun dua doktor perubatan dan juga Hidayah, bekas pelajar asasi UNIMAS sesi 2014/2015.

Hampir 100 pelajar yang hadir sangat teruja dengan penyampaian dan perkongsian yang disampaikan oleh ketiga-tiga panel.

Pada 7 Jun yang lepas pula, ‘Knowing Me, Knowing You’ diadakan bagi mengeratkan lagi hubungan silaturrahim antara aktivis IKRAM Siswa dan para pelajar baru. Antara aktiviti yang diadakan ialah riadah petang dan ‘Quranic Race’.

Dengan aktiviti yang santai dan menarik, program ini ternyata mendapat respon positif daripada hampir 60 orang peserta yang hadir.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

[supsystic-social-sharing id='1']

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia