Aktiviti IKRAM Negeri
Selamat datang ke laman info Aktiviti IKRAM Negeri. Segala maklumat
berkaitan aktiviti IKRAM di cawangan negeri boleh didapati di sini

Khidmat Masyarakat Pasca Banjir MyCARE & IKRAM Siswa
Pada 28 Februari yang lepas, seramai 15 orang aktivis IKRAM Siswa Kota Samarahan bersama-sama penduduk Kampung Tebakang Melayu terlibat dalam aktiviti khidmat masyarakat membersihkan kawasan Masjid Darul Takwa dan kawasan sekitarnya.
Khidmat masyarakat kali ini bertujuan untuk meringankan bebanan penduduk kampung yang terjejas teruk akibat banjir pada kali ini.
Di samping itu, aktiviti ini juga bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara aktivis IKRAM Siswa Kota Samarahan bersama masyarakat kampung tersebut.
Pada hari yang sama bertempat di Kampung Batu Kitang, lebih 20 orang sukarelawan daripada

Gotong Royong Jalan Pujut 7B Mendapat Sambutan Pelbagai Pihak
MIRI – Warga Sekolah Rendah al-Amin Miri bersama penduduk Pujut 7B menjalankan gotong-royong pembasmian nyamuk sepanjang Jalan Pujut 7B pada 20 Februari yang lepas. Program

Majlis Silaturrahim & Sumbangan Kebajikan PPR Wahyu
Sabtu, 27 Februari 2016 – IKRAM Daerah Batu bersama-sama dengan KRT, JMB Daerah Batu telah menjayakan Majlis Silaturrahim dan Sumbangan Kebajikan PPR Wahyu bertempat di Dataran JMB, Blok B PPR Wahyu.
Majlis yang berlangsung pada pukul 8.30 malam hingga 12.00 tengah malam tadi dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi JMB, En Abd Rahim Mohd Said dan pengerusi KRT, En Azizul Rahman bin Hamdan.

Program Staying Safe
Anda sayangkan anak anda? Pastikan anda menjadi ibubapa yang sentiasa peka dengan keselamatan anak anda. Jom bawa keluarga anda pada hujung minggu ni ke Program

CNYOH IKRAM Sarawak Terima Sambutan Hangat
SIBU – Sambutan ‘Chinese New Year Open House’ (CNYOH) IKRAM Sarawak diadakan pada 20 Februari 2016 yang lepas bertempat di RH Hotel, Sibu. CNYOH IKRAM Sarawak kali ini merupakan kali kedua diadakan anjuran Pertubuhan IKRAM Malaysia Negeri Sarawak setelah julung-julung kali diadakan pada tahun 2014 yang lepas.
Seramai 120 orang hadirin yang hadir terdiri daripada pelbagai latar belakang, bangsa dan agama untuk sama-sama meraikan CNYOH IKRAM Sarawak 2016 ini.
Antaranya daripada Jabatan Agama Islam (JAIS) daerah Sibu, Association of Churches in Sarawak, Sri Maha Mariammam Temple, Sibu Sikh Committee, United Chinese Association, Sibu Martial Art dan Masjid Annur. Selain itu, CNYOH ini turut dihadiri oleh beberapa keluarga berbangsa Cina yang beragama Islam dan bukan Islam serta beberapa orang pelajar UNIMAS.

BAKIM
BAKIM Badan Kebajikan Kakitangan Ibu Pejabat IKRAM (BAKIM) telah ditubuhkan pada 25 Februari 2014. Mesyuarat pertama dihadiri oleh hampir 30 orang kakitangan Pertubuhan IKRAM Malaysia

Yuran Terbaik Dalam Pembelajaran Adalah Kegagalan – Mujahid Hasanuddin
28 Januari 2016, Khamis – Telah berlangsung program JUSTalk (Jom Usrah Talk) yang bertajuk “Berani Bisnes!” di Pusat Komuniti IKRAM Daerah Batu, anjuran JK Belia IKRAM Daerah Batu. Majlis bermula pukul 9 malam sehingga jam 10.30 malam.

Projek Bundle Amal i-Bantu Sibu
SIBU – Sumbangan berbentuk keperluan asas berbentuk makanan seperti beras, gula dan minyak disampaikan kepada beberapa buah keluarga yang menetap di kawasan Kampung Usahajaya Baru Sibu pada 23 Januari yang lepas.
Antara penerima termasuklah seorang pesakit kencing manis kronik, menghidap sakit buah pinggang serta buta sebelah mata yang hanya mampu bergantung hidup dengan isterinya.
Sumbangan ini merupakan hasil jualan baju-baju terpakai yang disumbangkan oleh penduduk sekitar Sibu melalui projek Bundle Amal i-Bantu. Projek Bundle Amal i-Bantu ini merupakan hasil inisiatif Belia Pertubuhan IKRAM Malaysia daerah Sibu.
Jawatankuasa Dan Pimpinan IKRAM Negeri
IKRAM Selangor
No. 20, Jalan Keluli 7/109, Seksyen 7, 40000 Shah Alam, Selangor
Tel :
Emel : ikramselangor@gmail.co