MIRI – Warga Sekolah Rendah al-Amin Miri bersama penduduk Pujut 7B menjalankan gotong-royong pembasmian nyamuk sepanjang Jalan Pujut 7B pada 20 Februari yang lepas.
Program ini diadakan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya denggi dan virus Zika terutamanya kepada penduduk sekitar.
Fokus utama gotong-royong adalah untuk menghapuskan punca takungan air yang merupakan punca pembiakan nyamuk. Turut bersama terlibat dalam gotong-royong ini, Bomba Penguasa Zon 6, Miri City Council, IKRAM Health, i-Bantu, IKRAM Belia dan IKRAM Siswa.
Selain gotong-royong, terdapat juga aktiviti lain seperti aktiviti kanak-kanak dan sesi saringan kesihatan.
Turut diadakan, ceramah kesihatan berkaitan nyamuk Aedes, denggi dan virus Zika juga turut diadakan oleh wakil IKRAM Health Miri.