Akhlak hadapi musibah: 7 teladan kisah Nabi Yusuf AS

Ayat ini menceritakan bahawa Nabi Yusuf alaihissalam meluahkan kepada ayahnya mengenai mimpi yang dia alami. Beliau menggunakan perkataan “Ya Abati” – Wahai ayah yang saya cintai. Nabi Yusuf melafazkan kepada ayahnya, Nabi Yaakub alaihissalam seolah-olah bermaksud “Wahai ayah yang saya kasihi”. Dia bercakap dan meluahkan kepada ayahnya yang dia cintai.

 

Persoalan untuk kita, selepas beberapa minggu PKP ini, apabila kita duduk bersama anak-anak dan isteri di rumah, adakah berlaku peningkatan kasih sayang anak kepada kita?

 

Bukanlah bermaksud anak melafazkan “saya cinta ayah dari hari ke hari”, tetapi sejauh mana berlakunya situasi ayah yang sayangi anak, sehinggakan anak merasakan ayahnya memberi telinga untuk mendengar tentang anak-anak, memberi keadilan kepada anak-anak jika berlakunya pergaduhan?

 

Bagaimana kayu ukur ayah yang dicintai anak? Iaitu apabila ayah memberi telinga apabila anak mahu meluahkan sesuatu. Jika Nabi Yaakub tidak mempunyai karakter seorang ayah yang baik, mana mungkin Nabi Yusuf boleh meluahkan mimpinya.

 

2. Elakkan menonton pornografi dan sumbang mahram

 

“Dan perempuan yang Yusuf tinggal di rumahnya, bersungguh-sungguh memujuk Yusuf berkehendakkan dirinya; dan perempuan itupun menutup pintu-pintu serta berkata: “Marilah ke mari, aku bersedia untukmu”. Yusuf menjawab: “Aku berlindung kepada Allah (dari perbuatan yang keji itu); sesungguhnya Tuhanku telah memuliharaku dengan sebaik-baiknya; sesungguhnya orang-orang yang zalim tidak akan berjaya.” (Surah Yusuf: Ayat 23)

 

Menerusi ayat ini Allah merakamkan perbuatan yang tidak menundukkan pandangan atau zina mata. Isteri al-Aziz menggoda Nabi Yusuf berpunca daripada tidak menundukkan pandangan, sehingga akhirnya mencari mangsa (iaitu Nabi Yusuf) untuk melakukan perbuatan zina.

 

Surah Yusuf mengajar kita bahawa seseorang boleh diheret kepada lembah penzinaan akibat tidak menjaga mata daripada melihat perkara yang buruk seperti menonton pornografi.

 

Nabi Yusuf waktu itu masih muda, belum berkahwin, duduk jauh dengan ibu ayah dan Nabi Yusuf telah dipersiapkan dengan suasana yang menyebabkan tiada orang ketiga yang tahu.

 

Baginda duduk di negara bukan Islam, boleh beri alasan kerana arahan isteri majikan dan boleh saja dia menjadikan ini sebagai alasan untuk berzina. Tetapi beliau tidak melakukan sedemikian dan beliau berdoa untuk mencari kekuatan.

 

Jadi dalam tempoh PKP ini, banyak berlakunya gangguan seksual, gejala menonton pornografi dan sebagainya, sehinggakan trafik Pornhub di Malaysia meningkat sehingga 84 peratus sepanjang wabak COVID-19 ini dan Malaysia menjadi tempat keempat yang tertinggi di dunia.

 

3. Membuat simpanan jangka panjang

 

Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan.” (Surah Yusuf: Ayat 47)

 

Nabi Yusuf menyarankan dari dalam penjara, pelan bertindak untuk pemerintah Mesir waktu tersebut. Beliau telah menegaskan kepada raja Mesir, bahawa Mesir akan mengalami subur tujuh tahun dan berlaku kehijauan dan kesuburan, maka jangan terperangkap di zon selesa.

 

Kita perlu ada sikap seperti Nabi Yusuf sarankan dalam ayat ini:

 

1. Daaban (دأبا) – Bekerja lebih kuat daripada biasa dan bersungguh-sungguh, bukan setakat dapat makan untuk keluarga tetapi ada simpanan untuk tujuh tahun kemarau nanti.

 

Pastikan kita tidak boros berbelanja. Musim PKP ini jangan banyak tidur walaupun kita masih ada gaji. Kita mesti ada cara lain untuk mencari rezeki. Mungkin hikmah musim PKP ini, Allah ingin kita belajar mencari rezeki tambahan. Nabi Yusuf memerintahkan supaya rakyat Mesir supaya bercucuk tanam. Pekalah dengan orang lain sama ada cukup makanan atau tidak.

 

2. Tuai ((حَصَدتُّمۡ فَذَرُوهُ فِي سُنۢبُلِهِ) – Jangan pisahkan daripada tangkai (utamakan kualiti makanan)

 

Simpan beras/gandum yang tidak terpisah daripada tangkai atau maksudnya menjaga kualiti makanan supaya dapat disimpan lama. Tempoh kritikal ini, kita cuba simpan untuk jangka masa panjang dan tidak mudah luput. Utamakan makanan sihat. Jangan pula kita bebas daripada COVID-19 tetapi kita dapat penyakit lain. Jangan makan benda manis.

 

3. Berjimat cermat (قَلِيلا) – Makan sedikit dan belajar untuk jadi orang miskin waktu ini.

 

4. Merancang untuk elakkan bahaya akan datang

 

Bapa mereka berkata: “Aku tidak sekali-kali akan melepaskan dia (Bunyamin) pergi bersama-sama kamu, sehingga kamu memberi kepadaku satu perjanjian yang teguh (bersumpah) dengan nama Allah, bahawa kamu akan membawanya kembali kepadaku dengan selamat, kecuali jika kamu semua dikepong dan dikalahkan oleh musuh.”

Maka ketika mereka memberikan perjanjian yang teguh (bersumpah) kepadanya, berkatalah ia: “Allah jualah yang menjadi Saksi dan Pengawas atas apa yang kita semua katakan itu.” (Surah Yusuf: Ayat 66)

 

Jangan jatuh di lubang yang sama dua kali. Ambil teladan daripada orang yang sudah melalui. Nabi Yaakub menyuruh anak-anaknya untuk membuat perjanjian untuk menjaga Bunyamin sebelum melepaskan Bunyamin pergi bersama saudara kandungnya.

 

Timbul persoalan, mengapa Nabi Yaakub membuat perjanjian ini, sedangkan ketika Yusuf keluar bersama saudara kandungnya dahulu, beliau tidak membuat perjanjian seperti ini? Kerana Nabi Yaakub tidak mahu masuk di lubang yang sama dua kali.

 

Kali ini Nabi Yaakub mengambil langkah berjaga-jaga (extra protection) bukan tawakal semata-mata, tetapi dengan cara lain iaitu perjanjian. Beliau tidak mahu perkara sama yang dihadapi oleh Nabi Yusuf.

 

Untuk elakkan bahaya, Nabi Yaakub meminta mereka bersumpah atas nama Allah untuk tidak melakukan keburukan kepada Bunyamin. Nabi Yaakub juga pesan kepada anak-anaknya menerusi ayat ke-67 surah yang sama supaya anak-anaknya tidak masuk ke bandar Mesir dari sebuah pintu sahaja, tetapi masuk dari beberapa pintu yang berlainan. Pecahkan diri dan jangan berhimpun kerana bimbang ada penyakit ain. Ini strategi seorang ayah untuk elakkan bahaya.

 

Bukankah elok tawakal sahaja dan tidak perlu strategi? Sunnah mengajar kita atas beberapa keadaan kita perlu ada langkah berjaga-jaga atau extra protection (ikhtiar), bukan tawakal semata-mata. Jika kita sudah ambil langkah berjaga-jaga dan terjadi juga sesuatu yang bahaya serta tidak boleh atasi, ia adalah perancangan Allah.

 

Musim COVID-19 ini walaupun kita sudah ambil langkah berjaga-jaga, kita harus ingat, boleh jadi kita terkena juga penyakit tersebut dan mati boleh datang pada bila-bila masa.

 

5. Memperbanyakkan istighfar ketika rezeki tertahan

 

“Maka (bertolaklah mereka ke Mesir,dan) setelah mereka masuk mengadap Yusuf, berkatalah mereka: “Wahai Datuk Menteri, kami dan keluarga kami telah menderita kesusahan (kemarau), dan kami datang dengan membawa barang-barang yang kurang baik dan tidak berharga (untuk menjadi tukaran bagi benda-benda makanan negeri ini).” 

“Oleh itu, sempurnakanlah sukatan bekalan makanan bagi kami dan mendermalah kepada kami, sesungguhnya Allah membalas dengan sebaik-baik balasan kepada orang-orang yang bermurah hati menderma.” (Surah Yusuf: Ayat 88)

 

Apabila rezeki kita agak tertahan atau Allah uji rezeki kita, maka kita perlu banyakkan istighfar. Allah tahan rezeki untuk kita kembali semula kepadaNya. Kekuatan kita boleh ambil d isebalik istighfar. Jadikan musibah rezeki sebagai peluang untuk banyakkan istighfar.

 

Ayat ini menceritakan bahawa saudara Nabi Yusuf datang ke Mesir dalam keadaan kurus kering, mengharapkan belas ihsan oleh kerajaan, merayu kepada pemerintah supaya sempurnakan sukatan dan bersedekah kepada mereka.

 

“Waktu ini kalian masih ingat apa yang kalian buat kepadaku?” Nabi Yusuf mengajar mereka pada saat mereka sedang diuji dengan tiada aset. Pentingnya taubat dan istighfar. “Kalian jadi tersepit ekonomi kerana tidak pernah menginsafi apa yang kalian sudah buat”. Yusuf ingatkan mereka tentang dosa mereka.

 

6. Meyakini Allah Maha Menyembuhkan

“Pergilah dengan membawa bajuku ini, kemudian letakkan pada muka ayahku supaya ia dapat melihat dan selepas itu bawalah kepadaku keluarga kamu semuanya.” (Surah Yusuf: Ayat 93)

 

Kepada Allah kita memohon. Kita yakin Allah Taala mampu menyembuhkan. Dalam ayat 93, Nabi Yusuf berkata kepada saudaranya, pulanglah dengan bajunya dan letakkan pada muka ayahnya supaya ayahnya dapat melihat, manakala ayat 96 pula:

 

“Maka sebaik-baik sahaja datang pembawa khabar berita yang menggembirakan itu, dia pun meletakkan baju Yusuf pada muka Nabi Yaakub, lalu menjadilah ia celik kembali seperti sediakala. Nabi Yaakub berkata: “Bukankah aku telah katakan kepada kamu, sesungguhnya aku mengetahui (dengan perantaraan wahyu) daripada Allah akan apa yang kamu tidak mengetahuinya?” (Surah Yusuf: Ayat 96)

 

Apabila mereka meletakkan baju pada muka ayahnya, mata ayahnya dapat melihat. Persoalannya, bagaimana baju boleh merawat mata yang tidak boleh melihat?

 

Ulama ada mengatakan ini adalah perkara luar daripada adat atau batasan logik. Nabi Yaakub boleh melihat bukan kerana baju itu, tetapi kerana izin Allah. Allah Yang Maha Menyembuhkan.

 

Nabi Yusuf bukan menghantar doktor untuk merawat ayahnya, tetapi baju sahaja. Ini bukti kuasa Allah dan baju tersebut hanya asbab sahaja. Musim COVID-19 ini, kita jangan putus asa mengharapkan keajaiban daripada Allah. Jika ada ahli keluarga kita positif COVID-19 atau ada penyakit lain, teruskan bersihkan hati kita agar doa kita mustajab, sesungguhnya Allah Maha Menyembuhkan.

 

7. Memperbanyakkan mengingati mati

 

“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian daripada kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian daripada ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh.” (Surah Yusuf: Ayat 101)

 

Banyakkan mengingati mati, jangan kita selesa jika kita tidak dijangkiti. ‘Stay At Home’ bukan boleh memelihara kita daripada kematian. Anggaplah COVID-19 ini sebagai peringatan untuk kita sentiasa mengingati kematian. COVID-19 hanya asbab kematian, peluang untuk banyak mengingati mati.

 

Doa Nabi Yusuf kepada Allah “tawaffani musliman, wa alhiqni bissolihiin” (Ya Tuhanku, seandainya kau akan wafatkan aku, maka wafatkan sebagai Muslim dan hubungkan bersama orang-orang soleh).

 

(Nota dari Kuliah Online Ustaz Muhamad Syaari Ab Rahman di page facebook Tadabbur Centre)

Link: https://www.facebook.com/TadabburCentre/videos/209192110510104/

Ditulis oleh: Nik Fatma Amirah Bt Nik Muhamad

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia