Akan sertai lagi misi bot ke Gaza

“Dalam bot itu (Zaytouna-Oliva), kita telah berbincang untuk berjumpa di Stockholm pada bulan Mei tahun depan untuk merancang flotila seterusnya untuk Gaza, insya-Allah,” jelas beliau ketika tiba di KLIA dari Bangkok semalam di sini.

Beliau menyatakan rasa syukur kerana selamat sampai di Malaysia dan sangat terharu dengan kehadiran suaminya yang tercinta, Prof Dr Hj Mohd Alauddin Mohd Ali dan juga pegawai kedutaan Malaysia di Thailand yang menyambut beliau sebaik sahaja tiba di Bangkok.

“Sebenarnya saya tidak sangka ada orang Malaysia yang akan datang berjumpa saya di Bangkok. Jadi, amat terharu dan saya menangis,” katanya.

Ketika kapal tentera Israel hampiri Zaytouna pada Rabu 5 Oktober lalu katanya, kesemua ahli misi tidak merasa takut kerana mereka sudah banyak kali diberi taklimat mengenai senario-senario yang bakal berlaku dan dilatih dengan beberapa persediaan untuk menghadapinya.

“Jadi apabila perkara itu berlaku, kita tidak panik, semua orang tenang, bernafas dengan baik dan bersedia untuk apa-apa kemungkinan,” kata Dr Fauziah yang juga Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE.

Menurut beliau, sebelum ditahan, apabila ahli-ahli misi menyedari kehadiran tiga kapal tentera Israel, mereka bertindak membuang semua barangan tajam dan barangan elektronik serta menyatakan kepada tentera Israel bahawa mereka mahu ke Gaza dalam keadaan aman.

Setelah mereka enggan berpatah balik dan tetap mahu ke Gaza, tentera Israel bertindak memintas kapal Zaytouna dan mengarahkan kesemua anak kapal untuk menyerah diri dan mereka kemudiannya dibawa ke pelabuhan Ashdod.

“Saya rasa misi ini telah membuka mata ramai manusia di seluruh dunia untuk memastikan bahawa isu kepungan kepada Gaza ini diuar-uarkan seluas-luasnya,” kata Dr Fauziah lagi.

Beliau merasakan bahawa misi ini telah berjaya melakukannya dan orang-orang Gaza sendiri merasakan bahawa masyarakat dunia prihatin dan ini memberikan harapan kepada mereka.

“Insya-Allah, suatu hari kita yakin 100% bumi Palestin akan dibebaskan,” tegas beliau.

Berkata mengenai perancangan selepas misi ini, katanya, beliau akan meneruskan usaha-usaha kemanusiaan ini dan misi ini adalah salah satu langkah untuk membebaskan kepungan rejim Israel terhadap Gaza.

Beliau menyeru supaya masyarakat dunia mesti melakukan sesuatu dengan sedaya upaya samada melalui wang, tenaga, rangkaian, media dan sebagainya untuk memastikan kepungan di Gaza dapat dipecahkan.

“Kalau kita tidak membuat apa-apa, silent is compilicit, maknanya kita pun menyokong rejim israel di atas kepungan ini.

“Jadi, setiap orang mesti melakukan sesuatu untuk kepungan dibuka,” tegas Dr Fauziah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia