Ahli Parlimen Hulu Langat Taja Hafiz Gaza

Ahli Parlimen Hulu Langat Taja Hafiz Gaza | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Ibu Pejabat MyCARE hari ini menerima kunjungan Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus bersama isteri, Datin Sharifah Mahiza Syed Abd Kadir di sini.

Beliau yang juga merupakan mantan Pengerusi Aqsa Syarif pertama menyatakan sokongan untuk melahirkan para huffaz di Palestin.

Hasil daripada pengumpulan sumbangan bersama kenalan, beliau menyumbang penajaan sebanyak tiga buah halaqah huffaz di Gaza selama setahun.

Projek Adopt A Hafiz telah melahirkan 819 orang huffaz lelaki serta perempuan sejak tahun 2013 sehingga tahun 2021 dan ia diteruskan lagi pada tahun ini.

MyCARE bertekad untuk melahirkan generasi pembebas Palestin dengan al-Quran yang tersemat di dada mereka.

Bagi yang ingin menaja Hafiz di Palestin, boleh berbuat demikian menerusi https://mycare.qrd.by/aah.

Tajaan juga boleh dibuat melalui  akaun Humanitarian Care Malaysia Berhad (CIMB 8602135592) dengan rujukan AAH2022.

Sila Whatsapp/Telegram bukti sumbangan anda ke wasap.my/60166366369 atau e-mel ke tajahafiz@mycare.org.my

Dalam pada itu, MyCARE dengan kerjasama Econsave dan Kementerian Kesihatan Gaza telah menyerahkan sebuah kenderaan untuk kegunaan klinik bergerak kepada Assalama Society baru-baru ini.

Klinik bergerak ini bakal memanfaatkan 240 pesakit kesihatan termasuk mangsa-mangsa serangan rejim Zionis, melibatkan lapan sesi rawatan sehari (160 sesi sebulan) yang dilaksanakan oleh pegawai kesihatan.

Kenderaan ini adalah hasil sumbangan para pelanggan Econsave yang menyumbang di Tabung Medical4Gaza MyCARE yang disediakan di cawangan-cawangan Econsave. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia