Ahli IKRAM diseru memimpin untuk mencetus perubahan

“Rancangan IKRAM 2015-19 yang baru (dibina) mengajak kita untuk bekerja keras, menjunjung tugas dengan bertanggungjawab bagi memacu perubahan masyarakat dan negara,” demikian tegas Dr Mohd Parid Syeikh Ahmad, Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia dalam ucapan perasmian Persidangan Dewan Perwakilan Nasional (DPN) di Dewan Utama Kompleks IKRAM di sini pada Jumaat lepas.  DPN kali ketujuh yang berlangsung dua hari ini dihadiri kira-kira 100 orang ahli DPN dari seluruh negara.

Menurut Dr Mohd Parid, untuk mewujudkan perubahan yang dikehendaki, ahli-ahli IKRAM perlu berada di medan yang membolehkannya memimpin untuk mencetuskan perubahan dalam negara.

“Kita perlu membangunkan sistem ke arah membina masyarakat (rahmah) berdasarkan (maqasid) syariah. Jika berjaya, ia merupakan sumbangan besar kita kepada ummah dengan memberi solusi untuk menyelesaikan masalah manusia, sama ada dalam bentuk membangunkan sistem dan kepakaran atau membina pelbagai pusat kecemerlangan dan meneruskan perkongsian dengan NGO-NGO lain,“ jelas beliau lagi.

“(Di samping itu), kita perlu memperkukuh kapasiti organisasi IKRAM dan ahli-ahlinya dengan membangunkan organisasi yang relevan, yang memudahkan kita bekerja dalam masyarakat serta menepati tuntutan keadaan yang berubah-ubah. Hal-hal ini semualah yang akan menjadikan kita lebih kuat.”

Mengenai penglibatan beberapa ahli IKRAM dalam politik sejak akhir-akhir ini, Presiden berharap, mereka dapat menjadi golongan Islamis yang akan dapat berperanan dengan sebaik-baiknya dan mewujudkan kemajuan dalam perubahan negara. Perubahan ini hanya dapat (dilakukan) melalui usaha pakatan dan tahaluf.”

Di Sarawak, katanya, IKRAM Sarawak baru berkembang (walaupun) dengan jumlah orang Islam masih minoriti iaitu sekitar 30 peratus. Untuk mewujudkan usaha yang mantap, (kita) perlu usahakan dakwah kepad non-Muslim dan merobah keadaan. Pendekatan baru perlu diperkenalkan untuk meningkatkan kepemimpinan orang Islam.

Perkembangan Luar Negara

Ucapan Presiden IKRAM juga menyentuh serba sedikit perkembangan luar negara.

Mengenai Arab Spring yang dilihat dari luar semacam gagal, Dr Mohd Parid menegaskan,  â€śSebenarnya, perjuangan ini memerlukan perjalanan masa yang panjang seperti dialami oleh umat Arab di pelbagai negara. Di Mesir berlaku kudeta, tetapi kini wujud situasi di mana mana kerajaan (Mesir) yang ada tidak didukung oleh rakyat. Selain itu, kesan undang-undang yang menekan telah menyebabkan rakyat semakin keluar ke medan.”

“Dilaporkan peratus yang mendukung Ikhwan Muslimin mutakhir ini (meningkat) melebihi 70%. Para pemuda dalam media sosial menyatakan As-Sisi sudah tidak lagi relevan.”

Menurut beliau lagi, wartawan-wartawan melaporkan kawasan pelancongan di Mesir kini menjadi kosong. Selepas pesawat penerbangan Rusia dibom di Sinai baru-baru ini, kerajaan Rusia dan Jerman telah menghentikan penerbangan dari negara mereka ke Mesir. (Hal ini) menjadikan sumber pendapatan Mesir pula merosot, selepas dukungan rakyat yang merosot.

Sementara itu, menurut Dr Mohd Parid, Arab Saudi dan Qatar berbincang sama ada mereka perlu tunduk kepada Barat atau tidak. Arab Saudi di bawah pemerintahan Raja Salman seperti tidak mahu lagi tunduk kepada blok yang menguasai mereka selama ini. Turki juga menyuarakan pendirian yang sama.

Lebih menarik, keputusan pilihan raya di Turki baru-baru di luar jangkaan, mengejutkan hatta pemerhati dalam negara itu sendiri. (Sebelum pilihan raya), mereka menjangkakan Turki bakal menghadapi zaman malap. Tetapi akhirnya AKP memperoleh kejayaan undi majoriti sebanyak 49.5 peratus atau 315 kerusi daripada keseluruhan 555 kerusi. Keputusan tersebut membolehkan AKP membentuk pemerintahan secara bersendirian.

Presiden IKRAM mengulangi saranan supaya ahli-ahli memainkan peranan mereka dengan jalan yang paling baik dan dapat mengukuhkan perjuangan.

Akhir sekali, Presiden mengucapkan selamat bersidang kepada ahli-ahli DPN dan berdoa agar Allah s.w.t. membantu umat ini dan memberi jalan keluar.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia