Agihan kekayaan yang adil menepati ciri negara rahmah

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) menyambut baik kenyataan YAB Perdana Menteri agar kekayaan negara diagih secara adil kepada semua kaum. Kenyataaan ini adalah bertepatan dengan satu daripada 12 ciri negara rahmah yang dikemukakan IKRAM, iaitu agihan kekayaan yang saksama.

Jurang yang terlalu besar antara golongan yang kaya dengan yang miskin boleh menggugat kestabilan politik, ekonomi dan sosial.  Lebih malang pula jika ia membawa kepada ketegangan antara kaum yang mengingatkan kita kepada  peristiwa berdarah 13 Mei 1969.

Dalam tempoh dua dekad, jurang pendapatan di Malaysia telah meningkat dua kali ganda apabila dibandingkan di antara isi rumah 20 peratus teratas, dengan 80 peratus isi rumah di bawahnya, seperti yang dilaporkan oleh Institut Penyelidikan Khazanah pada bulan Oktober 2018.

IKRAM menggesa agar setiap polisi yang hendak dilaksanakan kerajaan mestilah berdasarkan fakta dan data yang dibuktikan, iaitu dengan mengamalkan polisi berasaskan bukti (evidence-based policy).

Selain itu, dasar pembangunan yang hendak dilaksanakan mestilah tidak melihat dari aspek material semata-mata. Sebaliknya, pendekatan yang menyeluruh mestilah diambil kira sesuai dengan sifat manusia itu sendiri yang dibentuk daripada gabungan rohani, emosi, jasmani dan intelek.

Konsep-konsep pembangunan yang lebih komprehensif seperti Human Development, Capability Approach dan Multidimensional Poverty Index (MPI) yang digunakan oleh United Nations Development Programme (UNDP) yang menepati prinsip-prinsip maqasid syariah hendaklah diguna pakai dan disesuaikan mengikut konteks dan keperluan tempatan.

Melalui pendekatan yang lebih komprehensif, polisi yang bersesuaian dengan keperluan kumpulan sasaran dapat dihasilkan sekali gus dapat meningkatkan keberkesanan sesuatu polisi.

Sehubungan itu, IKRAM ingin mengemukakan saranan-saranan berikut kepada kerajaan:

1. Mengambil pendekatan yang menyeluruh dalam menangani isu jurang sosioekonomi yang tidak terhad kepada pembangunan material sahaja tetapi melibatkan pembangunan potensi manusiawi yang menyeluruh.

2. Membuat semakan menyeluruh kepada sistem kebajikan sosial di negara ini dengan fokus kepada perlindungan kepada golongan berpendapatan rendah, golongan yang kehilangan sumber pendapatan dan lain-lain.

3. Mengenal pasti sumber pendapatan baru negara demi mewujudkan ekonomi yang mampan, berdaya saing dan dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang baik kepada semua lapisan masyarakat.

4. Menggalakkan keusahawanan berteraskan kreativiti dan inovasi untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

5. Memberi keutamaan kepada sektor pendidikan sebagai strategi jangka panjang dengan fokus kepada golongan berpendapatan rendah tanpa mengira kaum supaya anak-anak golongan ini berjaya meningkatkan taraf hidup keluarga mereka.

IKRAM sekali lagi ingin menyatakan kesediaan untuk bersama-sama terlibat dengan mana-mana pihak dalam usaha menangani isu jurang sosioekonomi khususnya dan isu-isu berkait dengan dasar pembangunan negara secara umumnya melalui penyelidikan, panel pemikir atau pasukan petugas khas (task force).

Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia