Advokasi: Belajar daripada Syed Saddiq

16 Julai 2019 akhirnya menjadi titik tolak baru bagi anak muda Malaysia terlibat dalam ruang demokrasi. Dengan sokongan 211 orang Ahli Parlimen, ini menjadikan ia sebagai Rang Undang-Undang (RUU) pertama dipinda sejak pemerintahan Tun Hj Abdullah Ahmad Badawi.

Kredit harus diberikan kepada Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan pasukannya. Ia bukan proses mudah untuk menyakinkan majoriti Ahli Parlimen yang bukan berstatus anak muda.

Maka, dalam konteks kerja advokasi, apakah yang kita boleh belajar daripada usaha Syed Saddiq ini?

Agenda yang jelas

Ini paling utama. Kegagalan bagi sesebuah gerakan melakukan usaha advokasi apabila mereka datang membawa sesebuah gagasan yang tidak jelas.

Apa itu Negara Rahmah? Rahmatan Lil Alamin? Malah, saya mendengar ada masyarakat yang tidak tahu menyebut Rahmatan Lil Alamin. Walau bagaimanapun, ia bukanlah masalah besar sekiranya gagasan itu dapat diterjemahkan dalam bentuk yang lebih realistik dan praktikal.

Sebagai contoh, berapa ramaikah warganegara yang boleh menjelaskan makna Wawasan 2020? Rata-rata anak muda yang saya kenali ketika ini, mereka hanya dapat menterjemahkan Wawasan 2020 dalam bentuk ‘negara yang mempunyai kereta terbang’.

‘Negara yang mempunyai kereta terbang’ dikira sebagai realistik dan sesuai dengan imaginasi remaja walaupun terjemahannya tidak tepat. Gagasan ini dikira berjaya apabila pelajar sekolah rendah era 2000-an pun tahu kewujudan wawasan ini.

Sudah tentu tidak terlambat untuk gagasan Negara Rahmah pula diangkat. Dalam konteks ini, Syed Saddiq membawa suatu agenda yang jelas dan boleh difahami oleh semua masyarakat iaitu menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun.

Kenal pasti sasaran

Syed Saddiq tahu RUU ini perlu dipinda di dalam parlimen. Ahli Parlimen daripada pelbagai parti akan terlibat dan sokongan harus diraih. Beliau terus pergi kepada sasaran iaitu Ahli Parlimen daripada blok kerajaan dan pembangkang untuk mendapatkan sokongan.

Malah tidak terkecuali pertemuan empat mata dengan tokoh seperti Mufti Wilayah Persekutuan dan Mufti Perlis.

Kebanyakan gerakan melakukan kerja advokasi sudah mempunyai sasaran yang jelas tetapi acap kali mereka menggunakan medium yang tidak tepat untuk sampai kepada sasaran.

Penggunaan Media Sosial

Saya tidak mahu menyentuh penggunaan media konvensional seperti televisyen, surat khabar dan sebagainya kerana berdasarkan pengalaman, itu sudah termasuk dalam perancangan advokasi yang dipimpin oleh golongan berfikiran lama.

Tetapi yang sering mereka lupakan adalah media sosial yang lebih cepat, fleksibel, menjimatkan kos dan boleh dikawal. Kempen #Undi18 di pelbagai media sosial efektif dan mudah disambut oleh masyarakat. Tambahan pula kempen ini disasarkan untuk anak muda yang sememangnya pengguna utama media sosial.

Lihat bagaimana Syed Saddiq berjaya bermain dengan persepsi dengan menonjolkan dirinya yang giat berjumpa dengan pelbagai individu tanpa mengira latar politik. Ini memberi isyarat jelas bahawa kempen ini serius. Masyarakat mudah faham dan ambil peranan apabila sampai pada waktunya nanti.

Duta

Duta ini boleh jadi sesiapa pun sama ada selebriti, tokoh, pengasas kempen atau ahli politik. Syed Saddiq menjadikan dirinya sebagai duta. Kenapa perlu duta? Duta penting supaya mata masyarakat fokus kepada siapa mereka harus kembali untuk mengikuti perkembangan semasa.

Saya suka melihat kepada kempen Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang menangani kes peminjaman ceti haram along dengan menggunakan cara ini. Sebut sahaja PPIM, wajah Datuk Nazim Johan akan menerjah fikiran untuk kebanyakan orang.

Banyak lagi contoh yang boleh disebut.

…

Penulisan pendek ini mungkin sahaja sesuatu yang kita semua sedar dan tahu. Malangnya sering dianggap remeh.

Penulis: Suhail Shukri

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia