KONSISTEN 2026: Inisiatif IMAN Beri Bantuan Pendidikan

Iman IKRAM

HULU LANGAT – IKRAM Luar Negara (IMAN) buat julung kalinya telah mengambil inisiatif untuk memberikan bantuan pendidikan, Dana Siswa IKRAM kepada lima orang mahasiswa terpilih dalam kalangan ahlinya, bagi menyumbang dalam usaha memperluas dan memperkukuh dakwah di luar negara. 

Bantuan disampaikan oleh Timbalan Presiden IKRAM, Tn. Jusni Yusoff yang turut merasmikan penutup Konvensyen Mahasiswa International (KONSISTEN) 2026 yang telah berlangsung pada 21-23 Ogos lalu di sini, serta menyampaikan hadiah bagi kumpulan dan peserta terbaik yang dimenangi oleh Sdr. Ar-Razi dan Sdri. Nurul Solehah.

KONSISTEN kali ini telah berjaya menghimpunkan seramai 47 orang peserta yang terdiri daripada mereka yang sedang atau pernah menuntut, atau berkhidmat di Indonesia, Mesir, United Kingdom, Ireland, Australia, Jordan, Turkiye, Maghribi dan Jerman, termasuk pelajar-pelajar Kolej Persediaan (KOLPER) di Malaysia.

Konvensyen ini juga menghimpunkan generasi muda dalam usaha membina kefahaman, kepimpinan dan kesediaan untuk memberi impak kepada agama serta masyarakat menerusi tema RISE: Rise of Impact and Excellence.

Iman IKRAM

Program tersebut dimulakan dengan Daurah Hawariyyun pada 20-21 Ogos 2026 di Pejabat IKRAM Shah Alam bagi barisan fasilitator dan peserta dari pelbagai negara ASEAN, yang menampilkan para syuyukh IKRAM seperti Ust. Dr Syazalie Hirman, Ust. Mohd. Fadzil Saleh, Hj. Roslan Mohamad (Pakcik Lan) dan Ustazah Maznah Daud.

KONSISTEN 2026 kemudiannya diteruskan di Lembah Azwen Resort dengan pelbagai aktiviti dan slot pengisian yang disusun bagi memperkukuh kefahaman Islam, membina jati diri serta memahami peranan dan tanggungjawab sebagai generasi muda yang bukan sahaja membangunkan diri, malah bersedia menyumbang kepada masyarakat dan ummah.

Slot-slot pengisian tersebut turut diserikan dengan kehadiran barisan tokoh dalam IKRAM seperti Naib Presiden, Dr Sabariah Baharun; Setiausaha Agung, Saudara Mohd. Hafiz Abd. Hamid; JK Tarbiah dan Modal Insan, Dr. Hasbullah Ashari dan Ketua IKRAM Muda, Sdr. Abdullah Zubayr Aizaini.

Hadir bersama Timbalan Ketua IMAN, Dr. Syazalie Hirman Ahmad Najib; JK Alumni IMAN (AIMAN), Sdr. Yusuf Mustapha dan CEO IMAN Wellness and Health, Dr. Aisyah Zainordin (Muharikah).

Konsisten

Bagi membentuk generasi yang mampu bergerak secara berjemaah dan tersusun dalam sebuah organisasi, KONSISTEN 2026 turut memberi penekanan terhadap kepentingan amal jamaie yang dibina atas visi, misi, kepimpinan, disiplin serta agihan mandat dan peranan yang jelas.

Pendekatan tersebut selari dengan tema RISE yang membawa aspirasi agar generasi muda berani bangkit, mengenal potensi diri dan bergerak dengan hala tuju yang jelas bagi menghasilkan impak serta mencapai kecemerlangan.

Iman IKRAM

Semoga penganjuran program seperti KONSISTEN 2026 ini dapat diteruskan pada tahun-tahun hadapan, sekali gus menjadi wadah bagi membina generasi muda yang berilmu, berakhlak, mempunyai visi serta bersedia memikul amanah dan menyumbang kepada agama, masyarakat dan ummah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia