Lagu Bacaan Solat Diiktiraf Malaysia Book of Records

IPOH – Sekolah Rendah Islam Al-Hidayah, sebuah sekolah IKRAM Musleh di sini telah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai Lagu Bacaan Solat Komprehensif Pertama di negara ini.

Sejarah itu tercipta ketika Majlis Penyampaian Sijil Pengiktirafan MBOR sempena Hari Penyampaian Hadiah dan Majlis Tamat Tahun 6 SRI Al-Hidayah di Dewan Terbuka Kompleks Pendidikan Al-Hidayah di sini, semalam.

Majlis ini menyaksikan sijil pengiktirafan disampaikan oleh Pegawai Rasmi MBOR, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah kepada pihak sekolah yang diwakili Pengerusi Jemaah Pengurusan Sekolah, Hj Ayub Don dan Pegawai Tadbir Agama Islam Daerah Ipoh, Ustaz Nor Hilmi Salimi Khoren sambil disaksikan Guru Besar SRI Al-Hidayah, Puan Suriani Suratman.

Komposer lagu tersebut, En. Razman Abdul Aziz, yang juga Guru Kanan al-Quran sekolah itu berkata, lagu itu dicipta khusus untuk murid yang mampu menghafal bacaan solat namun tidak memahami maksudnya, bermula daripada rukun takbiratul ihram hingga memberi salam.

“Jadi, saya terfikir cara yang perlu dibuat supaya murid-murid ini boleh mengetahui makna setiap bacaan rukun dan surah dalam solat. Saya cipta lagu sebegini supaya mereka boleh ingat secara spontan,” tambahnya ketika ditemui pemberita.

Keseluruhan lagu bacaan solat dalam bahasa Melayu itu berdurasi antara 12 hingga 13 minit, yang dicipta dengan bimbingan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) dan telah menjadi versi rasmi yang diiktiraf MBOR.

Menurut Razman, penciptaan lagu secara komprehensif itu mula diiktiraf dengan penyertaan ke Persidangan Antarabangsa Amalan Terbaik (ICBP) anjuran JAIPk dengan memperoleh anugerah bagi kategori persembahan serta pembentang terbaik, yang kemudiannya lagu berkenaan kini digunakan dalam amali solat pelajar tahun satu hingga tahun tiga.

“Lagu itu membantu hafalan serta kefahaman murid dengan kira-kira 60 murid sekolah ini berjaya menguasai lagu-lagu itu. Pegawai JAIPk yang memantau juga melihat perkembangan positif program ini,” katanya.

Berkhidmat sebagai pendidik di sekolah itu sejak 30 tahun lalu, Razman berkata, beliau juga merancang memperluaskan ekosistem pendidikan berasaskan lagu menerusi tiga pendekatan baharu iaitu Senam Rabbani Didik Hibur, program pratidur untuk kanak-kanak serta konsep ‘Pandai Tiru’ bagi mencungkil penyertaan murid secara menyeluruh melalui kaedah cabaran dan peniruan.

Foto: Bernama

Sumber: Harian Metro | Sinar Harian

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia