Trump, Putin, Xi Jinping dan Gagasan Hasan al-Banna

Trump, Putin, Xi Jinping dan Gagasan Hasan al-Banna

Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dalam satu penggal ini telah pun bertemu “tiga manusia paling berkuasa di dunia” iaitu Donald Trump, Vladimir Putin dan Xi Jinping.

Sudah tentu banyak diperdebatkan dari sudut diplomasi, geopolitik, syariah, apa yang “patut dan tak patut” dalam pertemuan antara Malaysia dan negara-negara ini terutama daripada pandangan pakar dan juga warganet.

Antara yang hangat diperdebatkan adalah sikap dan pendirian Malaysia apabila berdepan dengan tiga pemimpin ini, dan yang paling hangat sudah tentulah apabila Trump melawat Malaysia sebagai tuan rumah persidangan ASEAN dalam keadaan beliau dilabel sebagai “enabler” kepada genosid di Gaza.

Tanpa menolak mana-mana pandangan, baik pandangan pakar geopolitik seperti Ayman Rashdan Wong, mahupun agamawan seperti Dr. MAZA, eloklah kita berhenti sejenak dan melaraskan tolehan kepada isu ini dari kaca mata makro.

Hassan al-Banna telah menyentuh dan sedar tentang isu ini sejak 100 tahun yang lalu, dan sehingga hari ini masih tidak ramai yang mengulas isu ini dari sudut pandang makro, yang sebenarnya merupakan antara isi kandungan utama seruan dakwah Nabi Muhammad SAW.

Pada zaman al-Banna (1920-an), tiga negara paling berkuasa ialah British, Amerika Syarikat dan Soviet Union. Pada zaman Rasulullah SAW, tiga pemimpin paling berkuasa ialah Heraclius Maharaja Rom, Kisra II Maharaja Parsi dan Tai Zong Maharaja China.

Nabi SAW telah diangkat menjadi Rasul pada tahun 610 Masihi. 26 tahun kemudian, umat Islam telah berjaya menewaskan Rom dan Parsi. Ya, hanya 26 tahun diperlukan untuk mengubah hegemoni politik dunia. Dan kemenangan pada zaman Khalifah Umar al-Khattab r.a. ini diperoleh kerana visi dan misi yang digariskan oleh Rasulullah SAW.

Semasa dalam titik paling kritikal dalam survival umat Islam iaitu kepungan Ahzab, baginda Nabi SAW telah memaklumkan bahawa mereka akan berjaya melalui kepungan tersebut dan akan menawan Rom, Parsi dan Yaman, sedangkan para sahabat r.a. awalnya tidak pasti adakah mereka akan survive untuk melihat hari esok.

Namun keyakinan para sahabat, terutama Abu Bakr r.a. dan Umar r.a. yang sentiasa mendampingi Nabi SAW merealisasikan cita-cita ini. Mereka mendaki Bukit Uhud bersama dan mereka pulang lewat malam bersama. Semua peristiwa ini sering disebut dalam hadis-hadis.

Khalifah pertama, Abu Bakr r.a. telah memulakan ekspedisi ketenteraan menyerang Rom dan Parsi. Khalifah kedua, Umar al-Khattab r.a. telah berjaya memenanginya.

Pada 1924, apabila jatuhnya Khilafah Uthmaniyyah, seorang remaja berusia 18 tahun bernama Hassan al-Banna yang lahir di Mesir yang dijajah British, telah pun memikirkan bahawa buat pertama kali sejak zaman Khalifah Umar r.a., kuasa politik umat Islam telah hilang.

Atas sebab itu, pada tahun 1928, al-Banna telah menubuhkan Ikhwan Muslimin.

Sekitar 1940-an, gagasan pemikiran Hasan al-Banna ini telah termaktub dalam tujuh tingkatan amal, yang disebut “Maratib Amal”. Tingkatan keenam gagasan ini menyatakan bahawa umat Islam mestilah kembali sebagai kuasa politik utama dunia.

Walaupun tidak disebut secara eksplisit, bolehlah difahami bahawa visi al-Banna mahukan salah seorang daripada tiga manusia paling berkuasa di dunia ini seorang Muslim, dan beliau menjadi wakil dan suara umat Islam.

Nah, khulasah yang saya boleh simpulkan, sekiranya salah seorang daripada tiga manusia paling berkuasa ini adalah seorang Muslim, maka sudah tentulah segala hukum-hakam syariah berkenaan tidak boleh tunduk kepada pemimpin bukan Islam akan terpakai, dan ia sekali gus menyerlahkan syiar dan izzah umat Islam dalam berdiplomasi. 

Khulasah kedua, para pemimpin umat Islam hendaklah berfikir dan bersepakat dalam menegakkan hegemoni umat Islam supaya tidak lagi tunduk kepada pemimpin lain. Sudah tentu hal ini memerlukan jiwa yang besar, kesanggupan menghadapi risiko, ketahanan dalam ujian serta tolak ansur yang tidak berbelah bagi untuk menjayakannya.

Bagaimanapun, gagasan ini hanyalah satu garisan visi yang besar. Tidak ada satu kaedah yang dapat dicapai akal buat masa ini. Namun, usaha mestilah dibuat. Pencerahan perlu diperluas. Kefahaman perlu didalamkan. Menguasai politik dunia adalah perintah ar-Rasul SAW serta salah satu daripada kandungan teras dalam perjuangan baginda dan para sahabat.

Semoga Allah mengampuni kita semua atas kekhilafan. Marilah kita berhenti menyalahkan serta menuding jari kerana ia adalah kelemahan kita secara kolektif.

Allah SWT jualah yang akan memenangkan umat Islam ini apabila sampai masanya nanti. Kemenangan itu pula akan disusuli dengan tamatnya peradaban manusia, berdasarkan hadis ‘khilafah ‘ala minhajin nubuwwah’ (Hadis Ahad yang tidaklah mencapai tahap sahih tetapi agak popular).

Abu ‘Auf Naz Laharadi
Timbalan Ketua
IKRAM Luar Negara (IMAN)

Baca juga sini:

Kepemimpinan Wanita yang Tercatat dalam Sejarah Islam

Kepimpinan Wanita: Mengukir Legasi Dunia Profesional

 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia