Kempen Integriti dan Antirasuah Hingga Hujung Tahun

Kempen Integriti dan Antirasuah Hingga Hujung Tahun | IKRAM

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) dengan kerjasama Rasuah Busters menganjurkan Kempen Integriti dan Antirasuah (KIAR) 2025 bermula 1 November hingga 31 Disember 2025, bersempena Hari Integriti Nasional pada 5 November dan Hari Antirasuah Antarabangsa pada 9 Disember.

Bertemakan “Integriti Dibina, Rasuah Binasa”, kempen ini meneruskan inisiatif Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) yang dimulakan sejak 2021, dan kini diperluas sebagai gerakan nasional untuk memperkukuh kesedaran, kefahaman serta tindakan kolektif masyarakat terhadap nilai integriti dan usaha membanteras rasuah.

Kempen ini menyasarkan pembinaan budaya integriti dan akauntabiliti melalui pendidikan, advokasi dan tindakan masyarakat. Ia turut menggalakkan kerjasama pelbagai sektor, daripada kerajaan, masyarakat sivil, korporat dan institusi pendidikan bagi memperkukuh budaya integriti nasional.

Presiden IKRAM Malaysia, Hj. Badlishah Sham Baharin, menyatakan bahawa dalam tempoh lima tahun pelaksanaan kempen ini, telah terlihat peningkatan kesedaran masyarakat terhadap nilai integriti dan usaha membanteras rasuah. 

“Diharap kempen pada tahun ini mendapat sokongan penuh masyarakat dan kesedaran ini dapat berakar umbi dalam masyarakat,” ujar beliau ketika sidang media berkaitan kempen itu pagi tadi.

Sementara itu, Dato’ Hussamuddin Yaacub, mewakili Rasuah Busters, menegaskan bahawa rasuah merupakan penyakit besar masyarakat yang memerlukan penglibatan semua pihak.

“Semua lapisan masyarakat perlu mengambil peranan membanteras rasuah. Diharap penglibatan masyarakat dalam salah laku integriti dan rasuah dapat dikurangkan. Perlu ada kempen di peringkat masyarakat kerana yang boleh menggerakkan perubahan ini adalah masyarakat,” katanya.

Sepanjang kempen berlangsung, pelbagai program berimpak tinggi akan diadakan termasuk Majlis Pelancaran KIAR 2025 pada 16 November ini di Pejabat IKRAM Putrajaya, pertandingan video dan komik integriti, konvoi MyIKRAM Bikers “Integrity on Wheels”, serta Karnival Hari Antirasuah Antarabangsa 2025 pada 13 Disember di AEON Mall Seremban 2.

KIAR 2025 turut diselaraskan dengan National Anti-Corruption Strategy (NACS) serta menyokong agenda reformasi institusi negara melalui pendekatan akar umbi dan pembinaan modal sosial berasaskan integriti.

Dalam pada itu, IKRAM menyeru seluruh rakyat Malaysia untuk bersama menjayakan KIAR 2025 sebagai simbol solidariti nasional dalam menolak rasuah dan membina Malaysia yang berintegriti, sejahtera dan bebas rasuah.

Turut hadir dalam sidang media antaranya Ahli JKP Agenda Nasional, Dr Sabariah Baharun dan Hj. Ainullotfi Abdul Latif, Ahli JKP Komunikasi Strategik, Hj. Azman Abd. Rashid dan YDP IKRAM Putrajaya, Hj Azlishah Azizan.

Baca kenyataan media penuh: Kempen Integriti & Antirasuah 2025 

Lihat foto sidang media: Sidang Media KIAR 2025

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia