Geran Kajian Kertas Polisi: 215 Mohon, 13 Terpilih

SERI KEMBANGAN – Kajian Dasar IKRAM (KADRI) bersama Pertubuhan IKRAM Malaysia mengumumkan senarai 13 penerima Geran Kajian Kertas Polisi Jangka Pendek 2025, hasil daripada proses saringan dan penilaian ketat yang mengambil kira kualiti cadangan, kesesuaian topik serta potensi impak terhadap dasar negara.

Daripada 215 permohonan yang diterima melibatkan penyelidik dan akademik daripada 30 institusi pengajian tinggi awam dan swasta (IPTA/IPTS), serta penyertaan daripada institusi kajian dan individu perseorangan seluruh negara, hanya 13 kertas cadangan telah dipilih untuk menerima geran ini.

Geran berjumlah sehingga RM7,000 bagi setiap individu atau kumpulan kecil (maksimum lima orang) ini diperuntukkan untuk kajian selama 12 minggu dalam bidang tumpuan seperti kemiskinan dan jurang pendapatan, konsep negara bangsa, reformasi institusi, kewangan sosial, sains, teknologi dan inovasi, serta pendidikan.

Objektif kajian adalah untuk menganalisis cabaran dan jurang pelaksanaan dasar awam sedia ada, mencadangkan intervensi dasar jangka pendek yang praktikal dan berasaskan bukti bagi memperkukuh sistem penyampaian perkhidmatan, serta menghasilkan kertas polisi padat dan berimpak tinggi sebagai rujukan pihak berkepentingan dalam perancangan dan penggubalan dasar yang lebih responsif.

Setiap penyelidik terpilih akan menghasilkan laporan penuh dan ringkasan polisi sebagai hasil utama kajian, yang akan menjadi rujukan penting pembuat dasar dan pihak berkepentingan. Hasil kajian ini diharap dapat menyumbang kepada pembentukan dasar awam yang lebih inklusif, responsif dan berwawasan.

KADRI dan IKRAM mengucapkan penghargaan kepada semua pemohon serta menegaskan komitmen untuk terus memperkasa penyelidikan yang menyumbang kepada pembangunan negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai senarai penyelidik terpilih dan inisiatif lain KADRI, sila layari www.kadri.com.my.

Dikeluarkan oleh:
Kajian Dasar IKRAM Sdn. Bhd. (KADRI)
Pertubuhan IKRAM Malaysia
E-mel: admin@kadri.com.my
Laman sesawang: www.kadri.com.my

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia