Komitmen Positif KRT PPA Seri Perlis 2 Jayakan SBK

KUALA LUMPUR – Delegasi Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), GEMA Kuala Lumpur dan Belia HARMONI Pusat telah mengadakan kunjungan kepada Jawatankuasa Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Perumahan Awam Seri Perlis 2, Dato’ Keramat di sini pada Sabtu, 26 Julai lalu. 

Kunjungan ini disambut baik KRT yang diwakili Penasihat RT Progresif, Datuk Dr. Elli Mohd Tahir, Pengerusi RT Progresif PPA Seri Perlis 2, Hj Latiff Abu Hassan dan ahli-ahli jawatankuasa KRT yang lain. 

Dalam kunjungan itu, telah diadakan satu perbincangan dan sesi lawatan tapak sempena program Gotong-Royong Perdana MADANI, salah satu daripada program yang akan diadakan sempena Sambutan Bulan Kebangsaan (SBK 2025).

Perbincangan juga menyentuh berkenaan aktiviti pada hari program seperti pembersihan kawasan umum dan rumah penduduk, aktiviti di seluruh kawasan PPA, aktiviti kanak-kanak dan penglibatan rakan kerjasama seperti SWCorp, DBKL, Pejabat Kesihatan Daerah dan Pejabat Parlimen Titiwangsa.

Hasil perbincangan itu, pihak KRT Seri Perlis 2 memberikan komitmen untuk melibatkan 100 orang penduduk setempat dalam program ini, manakala pihak GEMA Kuala Lumpur dan Belia HARMONI Pusat akan mendapatkan 100 orang pelajar pelbagai bangsa daripada IPT di Lembah Klang sebagai sukarelawan.

Delegasi IKRAM, GEMA dan HARMONI juga dibawa melawat kawasan-kawasan yang berpotensi untuk pelaksanaan aktiviti semasa program, antaranya Kebun Komuniti, Pusat Penghasilan Coklat, kedai jualan kraftangan serta produk RT dan Kebun Hidroponik yang diusahakan oleh penduduk setempat.

Sebelum itu, pihak KRT Seri Perlis 2 turut melayan kunjungan delegasi Kedutaan Afrika Selatan ke sana sempena Hari Memperingati Nelson Mandela dan juga delegasi KRT Petaling Bahagia. Bahkan, pada minggu sebelumnya, mereka juga menyambut delegasi rombongan Kedutaan China.

Program Gotong-Royong Perdana MADANI sempena SBK 2025 akan melibatkan empat buah negeri iaitu Kuala Lumpur, Kelantan, Johor dan Sarawak yang diterajui oleh GEMA Negeri masing-masing.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia