Didik Masyarakat: IKRAM Luncur Buku Asas Islam Rahmah (AISAR)

SERI KEMBANGAN – Presiden IKRAM, Hj. Badlishah Sham Baharin meluncurkan buku “Asas Islam Rahmah (AISAR)” pada Sabtu, 24 Mei lalu ketika persidangan Dewan Perwakilan Nasional (DPN) di sini.

Peluncuran buku sulung terbitan Jawatankuasa Pendidikan Masyarakat IKRAM itu disaksikan oleh Setiausaha Agung, Sdr. Mohd. Hafiz Abd. Hamid, Ahli-ahli DPN, termasuk Ahli-ahli Jawatankuasa Pusat dan wakil IKRAM Negeri. 

Menurut Ketua Jabatan Pendidikan Masyarakat IKRAM, Dr. Mohd Faridz Ismail, buku ini diterbitkan dengan satu tujuan besar iaitu menyebarkan kefahaman Islam yang wasatiy (sederhana) dan seimbang, sebagai solusi dan panduan untuk masyarakat Malaysia.

“Islam adalah agama yang membawa rahmah kepada sekalian alam. Prinsip-prinsipnya menitikberatkan keseimbangan antara rohani, jasmani, idealisme, realiti, individu mahupun masyarakat.”

Namun jelasnya, untuk memahami keindahan ini, kita semua memerlukan usaha dan panduan yang sistematik.

“Lembaran ini hadir sebagai jawapan kepada keperluan tersebut, menyusun dan menerangkan asas-asas utama Islam secara telus, mudah lagi praktikal,” ujarnya.

Menerusi kandungannya, pembaca akan didedahkan kepada konsep-konsep utama Islam, antaranya akidah, ibadah, akhlak dan juga muamalah, yang disampaikan dengan pendekatan yang inklusif dan merangkumi pelbagai aspek kehidupan.

Bagi Dr Faridz, buku ini bukan sekadar teori, tetapi ‘direjuvenasikan’ agar menjadi panduan praktikal yang mampu diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

Seramai lima orang penulis dan aktivis dakwah dalam kalangan ahli IKRAM yang turut sama menyumbangkan idea bagi menampilkan buku ini iaitu  Prof. Madya Dr. Hamidah Mat, Dr. Syazalie Hirman Ahmad Najib, Ustazah Norsaadah Din@Mohamad Nasirudin, Ustazah Hasliza Talib dan Ustaz Muhamad Irfan Bahrin.

Mereka yang berminat untuk mendapatkan buku “Asas Islam Rahmah” ini, boleh klik ke salah satu pautan berikut:

  1. https://www.kedaidrmaszlee.com/products/asas-islam-rahmah-aisar-
  2. https://my.shp.ee/2qHWhxa

 

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan buku ini, sila hubungi Hj Burhanuddin Ab. Ghani di talian 012-3166070.

Semoga inisaitif serta usaha mendidik masyarakat kepada Islam yang seimbang, sederhana dan wasatiy di negara ini akan membuka langkah-langkah yang lebih tersusun bagi membina Malaysia sebuah Negara Rahmah, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia