Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam Mengesahkan Fitnah Terhadap IKRAM

Keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam Mengesahkan Fitnah Terhadap IKRAM

Pertubuhan IKRAM Malaysia menzahirkan rasa syukur atas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang telah memutuskan bahawa tiga penulisan oleh Dr. Mohd Ridhuan Tee Abdullah di akaun Facebook beliau pada tahun 2020 adalah berunsur fitnah terhadap IKRAM.

Keputusan ini sekali gus membersihkan nama baik IKRAM daripada pelbagai tohmahan tidak berasas yang telah ditimbulkan dalam penulisan-penulisan tersebut.

Artikel-artikel yang dimaksudkan ialah “IKRAMISASI KETIKA WABAK COVID-19 MELANDA” (15 April 2020), “INSAFLAH IKRAM SEBELUM KARAM” (18 April 2020) dan “Kenapa Ikram begitu baik dengan ultra kiasu, Dong Zong?” (27 April 2020).

Ketiga-tiga artikel ini mengandungi dakwaan yang tidak berasas, tidak benar dan mencemarkan reputasi IKRAM sebagai sebuah pertubuhan dakwah dan kebajikan yang sah berdaftar di Malaysia.

Sebelum mengambil tindakan undang-undang, IKRAM terlebih dahulu telah mengambil langkah damai dengan menghantar surat rasmi kepada Dr. Mohd Ridhuan Tee pada 16 April 2020 untuk mengadakan pertemuan dan perbincangan.

Malangnya, beliau tidak memberi maklum balas dan enggan bertemu. Justeru, IKRAM terpaksa memfailkan saman fitnah pada 25 Mac 2021 demi mempertahankan maruah dan integriti pertubuhan.

Walaupun mahkamah menolak saman dari sudut teknikal berkaitan isu kapasiti undang-undang pertubuhan, mahkamah tetap memutuskan bahawa kandungan penulisan Dr. Mohd Ridhuan Tee adalah berunsur fitnah terhadap IKRAM.

Keputusan ini jelas membuktikan bahawa segala tuduhan yang dilemparkan terhadap IKRAM adalah tidak berasas dan mencemarkan imej pertubuhan.

IKRAM berharap agar Dr. Mohd Ridhuan Tee mengambil iktibar daripada keputusan ini dan lebih berhati-hati serta bertanggungjawab dalam penulisan dan pandangan yang dikongsikan kepada umum pada masa akan datang.

Sebagai pertubuhan yang sentiasa mengutamakan pendekatan harmoni dan dialog, IKRAM kekal terbuka untuk berbincang secara langsung dengan mana-mana pihak yang mempunyai pandangan berbeza, termasuk Dr. Ridhuan Tee, demi menjernihkan kekeliruan.

IKRAM juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan peguam yang telah mewakili dan memperjuangkan kes ini dengan penuh dedikasi dan profesionalisme.

IKRAM akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi tersebut berkenaan kapasiti untuk memfailkan saman fitnah.

Haji Badlishah Sham Baharin
Presiden
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia