Presiden IKRAM, ABIM dan HALUAN Sepentas di Forum YADIM

PUTRAJAYA – Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia , Hj. Badlishah Sham Baharin bersama Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin dan Presiden HALUAN, Dr. Abdullah Sudin Ab. Rahman duduk sepentas semalam dalam satu forum anjuran YADIM.

Mereka dijemput sebagai ahli panel dalam Forum Bicara Tokoh untuk mengupas tajuk “Semangat Aktivisme dalam Membangunkan Malaysia MADANI” sempena berlangsungnya Majlis Peluncuran Ejen Dakwah YADIM di Masjid Putra, yang dihadiri lebih 400 ejen dakwah YADIM.

Di samping menghargai jasa serta peranan para ejen dakwah kepada umum, majlis ini juga menjadi platform mempertegaskan kembali tanggungjawab besar mereka sebagai ejen perubahan dan pemangkin kepada masyarakat yang berilmu, berakhlak serta berpaksikan nilai-nilai Islam.

Melalui peluncuran ini, masyarakat dimaklumkan tentang kewujudan ejen dakwah YADIM di seluruh negara sebagai sumber rujukan yang diyakini, sahih dan bertauliah dalam hal-hal keagamaan serta pembangunan insaniah. 

Ejen dakwah YADIM terdiri daripada Nadwah Ulama’ dan Ilmuwan YADIM (NUIM), Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM), Majlis Wanita Islam YADIM (MAWIM), Panel Penyelidik YADIM (PPY), Zamalah YADIM dan Sukarelawan YADIM (SAY).

Mereka turut disertai Rakan Siswa YADIM (RSY), Rakan Belia YADIM (RBY), Rakan Remaja YADIM (RRY), Daie Komuniti YADIM (DKY), Daie Orang Asli YADIM (DOA) serta Daie Muda YADIM (DMY) termasuk Daie YADIM Sabah, Daie YADIM Sarawak dan Keyboard Daie YADIM.

Setelah berlangsung dua forum, majlis peluncuran itu kemudian disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin Mohd Yunus yang mewakili Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dato’ Setia Dr. Hj. Mohd. Na’im Mokhtar.

Selesai gimik perasmian, majlis bacaan ikrar oleh ejen-ejen dakwah YADIM turut diadakan sebagai simbolik komitmen mereka untuk melestari gerakan dakwah di negara ini.

Turut hadir dalam majlis ini Timbalan Yang Dipertua YADIM, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin, Ahli-Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, ketua-ketua rakan badan bukan kerajaan dan barisan ejen dakwah YADIM.

Sebelum majlis peluncuran, turut diadakan Perhimpunan Bulanan YADIM Edisi April yang disertai Ketua Pegawai Eksekutif YADIM, Ustaz Zamri Zainal Abidin. 

Selepas majlis peluncuran, para tetamu yang hadir diraikan dalam jamuan Aidilfitri YADIM dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Dr. Zulkifli Hasan meluangkan masa menghadiri acara tersebut.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia