Bangga! Video Pendek Antirasuah Ditonton Lebih 3 Juta

SHAH ALAM – Majlis Pengumuman dan Penyampaian Hadiah Pertandingan Video Pendek Sempena Hari Antirasuah Antarabangsa (HARA) 2024 telah berlangsung dengan lancar semalam di Karangkraf di sini.

Pertandingan video pendek yang bertemakan “Malaysia Bangkit Perangi Rasuah” ini dianjurkan bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia, khususnya generasi muda, untuk menyuarakan tekad mereka menentang rasuah.

Dalam majlis ini, ucapan aluan disampaikan oleh Naib Presiden IKRAM, Prof. Dr. Hanim Salleh, diikuti ucapan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia merangkap Ketua Juri, Puan Nurhayati Nordin.

Menariknya, pertandingan video pendek ini menerima 127 penyertaan  yang melibatkan 1,000 rakyat Malaysia. Jumlah penyertaan ini dilaporkan meningkat 72% berbanding 2023 yang hanya menerima 74 penyertaan. Lebih membanggakan, semua video penyertaan ini keseluruhannya telah meraih lebih 3 juta tontonan di platform TikTok.

Bagi kategori Pelajar Sekolah dan Guru (44 penyertaan), pertandingan video pendek ini dimenangi oleh Awang Amirul Hazwan Awang Mahmudin daripada Sekolah Kebangsaan Sungai Padas, Sandakan (https://vt.tiktok.com/ZS6Duj2qT/).

Untuk video kategori Penuntut IPT Awam dan Swasta (44 penyertaan) pula, ia dimenangi Ahmad Zulfahmi Ahmad Burhanuddin daripada Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Kampus Pagoh (https://vt.tiktok.com/ZS6ubhEgP/).

Kategori Sektor Awam dan Agensi (11 penyertaan) menyaksikan Firdaus Abu Bakar daripada Balai Bomba Alor Gajah, Melaka (https://vt.tiktok.com/ZS65AHo2R/), memenangi pertandingan video pendek, manakala kategori Umum (28 penyertaan) dimenangi Muhammad Faiz Mohamed Hairudin daripada AAF Studio (https://vt.tiktok.com/ZS6pMSRrc/).

Seterusnya, peserta yang turut mendapat hadiah dalam majlis ini ialah Zaidi Zain Ibrahim (https://vt.tiktok.com/ZSjochEqk/) daripada Sekolah Kebangsaan Dato’ Laksamana Raja Mahkota, Teluk Intan kerana videonya menjadi tontonan tertinggi iaitu sebanyak 1.3 juta.

Hadiah kepada para pemenang video pendek disampaikan Penasihat Projek Rasuah Busters, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, diiringi Pengurus Perhubungan Strategik Rasuah Busters, Puan Wan Normi Hasan, Puan Nurhayati dan juga Prof. Hanim.

Tahniah kepada semua peserta dan mereka yang tersenarai sebagai lima terbaik bagi setiap kategori kerana telah menunjukkan kesungguhan dalam menyampaikan mesej antirasuah melalui kreativiti masing-masing.

Peningkatan penyertaan dalam pertandingan video pendek ini membuktikan membuktikan bahawa rakyat Malaysia tidak akan berdiam diri dalam menghadapi isu ini, bahkan mampu menjadi ejen perubahan yang menyumbang ke arah sebuah Malaysia yang lebih baik.

Terima kasih kepada rakan penganjur bersama IKRAM dalam Pertandingan Video Pendek Sempena HARA 2024, iaitu Rasuah Busters dan Sinar Harian, para juri dan semua pihak yang telah bertungkus-lumus menjayakan pertandingan ini.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia