Solidariti Palestin: Boikot Melalui Aplikasi “No Thanks”

Memboikot adalah gerakan penting kerana ia memberi kuasa kepada individu untuk menggunakan pilihan pembelian mereka sebagai bentuk protes dan seterusnya dapat memaksa perniagaan tertentu untuk mematuhi piawaian, etika dan tanggungjawab sosial.

Pelbagai pihak telah melancarkan kempen boikot terhadap produk dan perkhidmatan yang dikaitkan dengan rejim Zionis. Tindakan ini dilihat sebagai cara paling berkesan untuk menyatakan solidariti terhadap rakyat Palestin.

Oleh itu, kebanyakan orang di Malaysia dan juga di seluruh dunia mengamalkan pendekatan ini sebagai cara untuk membantah dan mengutuk penindasan Israel terhadap Palestin. Matlamat boikot adalah mudah iaitu untuk berhenti membeli produk berkaitan Israel sebagai tanda solidariti terhadap rakyat Palestin.

Inisiatif masyarakat Malaysia untuk memboikot jenama Israel dan beberapa syarikat yang dengan jelas menyokong rejim Zionis membawa hasil apabila produk-produk tersebut tidak lagi diminati di pasaran.

Profesor Dr. Mohd Nazari Ismail, Pengerusi Boycott, Divestment, Sanctions (BDS) Malaysia menyatakan bahawa permintaan terhadap produk Israel yang terjejas telah menyebabkan syarikat pengeluar mengalami kerugian dan terpaksa menghentikan pengeluaran.

Terdapat beberapa strategi boikot yang dapat memberikan impak maksimum kepada ekonomi Israel, tetapi ia perlu dilaksanakan secara global.

Sebab itulah gerakan BDS ini melibatkan masyarakat antarabangsa tidak hanya di Malaysia, tetapi juga di beberapa negara lain seperti Amerika Syarikat, Timur Tengah, Eropah, Australia dan Jepun.

Untuk membantu orang ramai dalam gerakan boikot secara berfakta dan bersasar, seorang pembangun aplikasi dari Palestin telah membina sebuah aplikasi yang dinamakan “No Thanks”.

Aplikasi ini dapat membantu orang ramai untuk mengetahui produk yang ada kaitan dengan rejim Zionis dan perlu diboikot.

Idea aplikasi ini sangat mudah. Pengguna hanya perlu mengimbas kod bar yang terdapat pada produk yang ingin dibeli dan aplikasi ini akan memberitahu jika produk tersebut ada kaitan dengan syarikat Israel atau tidak.

Apa itu aplikasi No Thanks?

Aplikasi No Thanks, sebuah aplikasi untuk mengesan produk pro-Israel mula dilancarkan pada 13 November 2023 bagi memudahkan gerakan memboikot produk pro-Israel untuk menunjukkan solidariti kepada rakyat Palestin yang ditindas dengan kejam oleh rejim Zionis.

Cara kerja No Thanks adalah dengan mengenal pasti produk yang bersifat pro-Israel dengan cara mengimbas kod bar produk.

Selain pegimbasan, pengguna juga dapat memasukkan nama produk untuk mengetahui sama ada produk tersebut berkaitan dengan Israel atau tidak. Setelah beberapa saat, maklum balas mengenai produk akan ditunjukkan. Aplikasi ini juga akan memberikan butiran lanjut mengenai produk tersebut.

Setakat ini, aplikasi ini hanya boleh dimuat turun secara percuma di Google Play. Ia belum tersedia untuk pengguna iPhone.

Mengimbas kod bar produk

Berikut ialah langkah-langkah yang telah saya ringkaskan untuk menggunakan aplikasi No Thanks untuk memyemak sama ada produk ada kaitan atau tidak dengan syarikat pro-Israel:

  1. Muat turun aplikasi No Thanks: Pertama, muat turun aplikasi No Thanks dari Google Play Store. Setakat ini, ia hanya boleh dipasang dan digunakan pada platform android.
  2. Pilih icon Scan: Setelah aplikasi dibuka, lihat pada menu bawah dan pilih icon Scan yang berada di tengah-tengah.
  3. Imbas kod bar produk: Laksanakan proses mengimbas kod bar produk dengan menempatkan kod bar produk dalam kotak pengimbas.
  4. Keputusan imbasan akan dipaparkan: Pastikan hasil imbasan yang dipaparkan sama ada produk tersebut ada kaitan atau tidak dengan Israel atau syarikat pro-Israel. Jika produk ada kaitan maka bukti kepada perkara tersebut akan disertakan.

Fungsi lain yang ditawarkan

Aplikasi No Thanks merupakan platform aplikasi telefon pintar yang disediakan untuk memudahkan pengguna menyemak sama ada produk ada kaitan dengan Israel/syarikat pro-Israel atau tidak. Berikut adalah fungsi lain yang ditawarkan dalam sistem aplikasi No Thanks:

  1. Carian produk berdasarkan medan lain:  Selain daripada cara imbasan kod bar produk, pengguna boleh juga melakukan carian dengan memasukkan nama jenama, nama produk atau nombor kod bar.
  2. Pengguna menambah produk yang tiada dalam senarai: Aplikasi ini membenarkan pengguna untuk menambah produk yang tiada dalam pangkalan data No Thanks tetapi perlu mengemukakan pautan bukti yang produk tersebut ada kaitan dengan syarikat pro-Israel. Produk akan ditambah ke dalam senarai setelah disemak dan diluluskan oleh pentadbir aplikasi.
  3. Pembelian cenderahati No Thanks: Pengguna aplikasi yang berminat untuk membeli cenderahati boleh mendapatkannya di kedai dalam talian yang disediakan. Antara cenderahati yang ditawarkan ialah t-shirt, hoodie, skaf dan selongsong (case) telefon pintar.

Siapa di belakang aplikasi No Thanks?

Menurut keterangan yang terdapat dalam aplikasi No Thanks, aplikasi ini telah dibina oleh pembangun aplikasi Palestin iaitu Ahmed Bashbash.

Beliau telah mendapat idea untuk membantu gerakan boikot dengan membuat aplikasi yang membantu orang ramai mengetahui produk mana yang ada dalam senarai boikot.

Idea aplikasi ini sangat mudah. Seseorang hanya perlu mengimbas produk yang ingin dibeli dan aplikasi akan memberitahu sama ada produk tersebut ada dalam senarai atau tidak.

Ahmad memberitahu, beliau mendapat idea ini dan mula membuatnya kerana beliau sendiri menderita akibat pendudukan ganas tersebut.

Beliau kehilangan kakaknya pada tahun 2020 setelah sebulan menderita masalah perubatan dan tidak mendapat kebenaran untuk pergi mendapatkan rawatan serta perubatan yang diperlukan di Baitulmaqdis pada waktu yang tepat.

Apabila kakaknya berjaya mendapat kebenaran tersebut, beliau akhirnya meninggal dunia dalam ambulans yang sedang menuju ke hospital di Baitulmaqdis.

Pada 31 Oktober 2020, beliau kehilangan abangnya pula akibat serangan udara yang dilakukan secara rambang ke rumah empat orang awam dan serangan membuta tuli tersebut berlaku banyak kali. Jadi, beliau memutuskan untuk menyiapkan aplikasi ini dan mengedarkannya secara percuma sepenuhnya.

“Saya tidak mengambil apa-apa keuntungan daripada aplikasi ini. Saya melakukannya demi abang dan kakak saya dan apa pun jumlah wang yang saya dapat daripada aplikasi ini akan dihantar ke organisasi Palestin yang membantu orang-orang di Gaza,” kata Ahmed Bashbash.

Penutup

Kesimpulannya, aplikasi No Thanks sangat membantu gerakan boikot untuk menyemak produk yang ada dalam senarai boikot dengan hanya mengimbas kod bar produk.

Hasil daripada imbasan tersebut, status produk akan dipaparkan sama ada mempunyai kaitan atau tidak dengan syarikat pro-Israel. Pautan bukti juga akan disertakan untuk rujukan pengguna.

Penambahbaikan yang diharapkan ke atas aplikasi ini ialah pada paparan hasil imbasan, dicadangkan supaya pembangun aplikasi dapat menambahkan produk alternatif jika produk yang diimbas didapati ada kaitan dengan syarikat pro-Israel.

Produk alternatif ini tidak semestinya produk yang berasal daripada syarikat orang Islam. Produk daripada syarikat bukan Muslim juga boleh dijadikan alternatif jika syarikat tersebut tiada kaitan dengan Israel, mengeluarkan pegangan saham atau menunjukkan bantahan kepada rejim Zionis.

Ts. Mohd Fitri Edros merupakan Ketua Bahagian Infrastruktur ICT di Pusat Pengurusan & Pembangunan Digital, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia