Boikot Israel: Menjawab Beberapa Persoalan Tentangnya

Boikot Israel: Menjawab Beberapa Persoalan Tentangnya | IKRAM

1. Apakah maksud boikot ini, dan sejauh manakah keberkesanannya?

Usaha memboikot oleh gerakan BDS bertujuan untuk menamatkan sokongan antarabangsa terhadap pencabulan undang-undang antarabangsa oleh Israel. Usaha ini memaksa syarikat, institusi dan kerajaan mengubah dasar mereka terhadap Israel.

Apabila syarikat dan institusi menjadi terasing kerana menyokong Israel, maka Israel akan mendapati lebih sukar untuk menindas rakyat Palestin.

Kempen BDS juga meningkatkan kesedaran tentang bagaimana Israel menindas rakyat Palestin.

Pertumbuhan dan kejayaan gerakan BDS menghantar mesej yang jelas kepada rakyat Palestin dan kepada kerajaan-kerajaan di serata dunia bahawa orang awam di seluruh dunia semakin menolak dan mengutuk penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.

2. Ada yang mengatakan bahawa dalam kes tertentu (seperti McDonalds misalnya), boikot ini merugikan pekerja yang kebanyakannya beragama Islam dan Melayu. Apakah pendapat anda tentang ini?

Pengguna mempunyai hak untuk memilih produk dan jenama yang hendak mereka beli, dan yang mereka enggan beli, berdasarkan citarasa, nilai moral dan emosi mereka.

Menjadi tanggungjawab pihak pengurusan firma untuk merancang strategi dan tindakan yang sesuai untuk memastikan ia selaras dengan cita rasa, nilai moral dan emosi pengguna.

Pada masa ini, ramai pengguna Malaysia meluat dengan pembunuhan beramai-ramai yang berlaku di Gaza. Malangnya, sesetengah firma ditanggapi oleh pengguna sebagai berkait secara langsung atau tidak langsung dengan pembunuhan beramai-ramai itu.

Pasukan pengurusan firma yang terjejas perlulah memikirkan tindakan yang diperlukan untuk menangani cabaran ini.

Sebagai contoh, syarikat yang terbabit boleh sahaja mengeluarkan kenyataan terbuka mengecam Israel kerana melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.Ini akan membantu mengurangkan imej negatif mereka di mata pengguna.

Malangnya, ada yang enggan berbuat demikian. Akibatnya, ramai pengguna Malaysia terus mempunyai tanggapan negatif terhadap mereka.

Firma-firma ini tidak sepatutnya merungut jika mereka mengalami kerugian yang menyebabkan pekerja mereka kehilangan pekerjaan kerana keengganan mereka untuk mengecam Israel secara terbuka.

3. Manakah syarikat yang patut diboikot oleh rakyat Malaysia?

Sasaran keutamaan kami ialah PUMA, HP, Caterpillar, HD Hyundai (pengeluar peralatan berat, bukan Hyundai Motors yang mengeluarkan kereta), dan Chevron (yang memiliki Caltex). Mereka semua sangat bersubahat dengan ketidakadilan Israel terhadap rakyat Palestin.

4. Apa-apa lagi yang anda ingin tambahkan tentang topik ini?

Usaha boikot antarabangsa memainkan peranan penting dalam menjatuhkan rejim aparteid di Afrika Selatan dahulu. Israel kini melakukan jenayah aparteid dan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. 

Memboikot Israel adalah tindakan aman yang boleh dilakukan oleh masyarakat antarabangsa untuk membantu rakyat Palestin mencapai kebebasan mereka. 

Pergerakan BDS menggunakan alternatif ini untuk memperjuangkan hak warga Palestin. Dengan itu kita mengharapkan Israel diboikot secara total, selagi ia tidak memenuhi tiga tuntutan penting:

1. Menamatkan pendudukan dan penjajahannya ke atas semua tanah Arab serta merobohkan tembok pemisah.

2. Mengiktiraf hak asasi rakyat Arab-Palestin Israel terhadap kesaksamaan penuh.

3. Menghormati, melindungi dan mempromosi hak pelarian Palestin untuk pulang ke rumah dan kampung halaman mereka seperti yang ditetapkan dalam Resolusi PBB 194.

Prof Dr Mohd Nazari Ismail
Pengerusi BDS Malaysia

Web BDS Malaysia 
FB BDS Malaysia 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia