Apakah amalan mudah untuk jadikan Ramadan kali ini lebih bermakna daripada sebelumnya?
Sebagai orang yang agak sibuk dengan jadual kerja yang padat, marilah kita sama-sama mencipta ruang untuk amalan mudah dalam bulan Ramadan ini. Dengan mengamalkan 7 S; solat, sahur, sedekah, sabar, selawat, sederhana, dan silaturahim, kita boleh meraih keberkatan yang besar walaupun dalam kesibukan. Satu langkah kecil setiap hari sudah mencukupi untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT dan mempereratkan hubungan sesama insan. Sertai kami dalam kempen ini untuk Bangunkan Jiwa Takwa.
Solat
sebagai benteng kekuatan spiritual
Selawat
Meningkatkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW
Sahur
sebagai sunnah yang dianjurkan
Sederhana
dalam segala aspek kehidupan
Sedekah
untuk memperkukuhkan kepekaan sosial
Silaturrahim
untuk mempererat hubungan sesama manusia
Sabar
sebagai jalan menuju keteduhan jiwa
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”
(Al-Baqarah 2: 183)
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.”
Bagi merancakkan lagi suasana Ramadan kali ini, IKRAM Muda ingin mencabar anda di dalam 3 jenis cabaran. Sagu hati berupa wang terkumpul sebanyak RM3,000 tersedia untuk anda yang berjaya. Tempat Pertama RM500 x 3, Tempat Kedua RM300 x 3, Tempat Ketiga RM200 x 3.
Sertai salah satu atau kesemuanya sekali. Cabaran Ramadan IKRAM Muda akan berlangsung sepanjang bulan Ramadan 1445H / 2024.
Solat Berjemaah di Masjid
Baca Cara Sertai
Ambil gambar bertemakan Solat Jemaah macam Jumaat setiap hari, sepanjang Ramadan
Post di media sosial menggunakan hashtag berikut:
#solatberjemaahdimasjidikrammuda
Tadarus Keluarga IKRAM Muda
Baca Cara Sertai
Ambil gambar tadarus bersama keluarga.
Post di media sosial menggunakan hashtag berikut:
#tadaruskeluargaikrammuda
Masjid Hopping IKRAM Muda
Baca Cara Sertai
Ambil gambar bertemakan aktiviti Masjid Hopping sepanjang Bulan Ramadan ini.
Tuliskan info-info menarik berkenaan masjid tersebut dalam posting.
Post di media sosial menggunakan hashtag berikut:
#jelajahmasjidikrammuda
#masjidhoppingikrammuda
Khas Untuk Ahli IKRAM
Jika anda ahli IKRAM, anda berpeluang untuk memenangi wang terkumpul berjumlah RM2,800 dengan menyertai Pertandingan Video Pendek “Momen Ramadanku”. Baca terma dan syarat pertandingan di dalam borang penyertaan.